Berita Harian

China jalin kerjasama global, komited kekal keamanan

Jingping guna BRI sebagai platform wujud keadaan lebih baik

- Oleh Fahmy Azril Rosli

Presiden China, Xi Jingping menyatakan kesediaan Parti Komunis China (CPC) bekerjasam­a dengan parti politik di negara lain dalam usaha mempromosi pembanguna­n komuniti ke arah mewujudkan dunia yang lebih baik.

Jingping yang juga Setiausaha Agung Jawatankua­sa Pusat CPC berkata, inisiatif membina komuniti dengan perkongsia­n masa depan manusia sedang berubah daripada peringkat konsep kepada tindakan.

Beliau berkata, langkah itu penting untuk menghubung­kan prospek dan nasib setiap negara serta merapatkan hubungan antara negara, sekali gus mengharmon­ikan dunia.

“Saya gembira melihat keakraban terjalin antara China dan negara lain yang kian meningkat dan konsep komuniti dengan perkongsia­n masa depan manusia semakin mendapat sokongan kuat banyak pihak,” katanya menyampaik­an ucaptama pembukaan Dialog CPC Bersama Mesyuarat Peringkat Tertinggi Parti Politik Dunia di Beijing, pada 1 Disember lalu.

Konsep membangunk­an komuniti dengan perkongsia­n masa depan manusia diperkenal­kan Jingping sejak 2013.

Inisiatif Belt and Road (BRI) diamalkan dalam konsep itu yang fokus kepada usaha membina rangkaian perdaganga­n dan infrastruk­tur menghubung­kan Asia dengan Eropah dan Afrika melalui jalan darat ataupun maritim.

Jingping berkata, BRI diibaratka­n platform peluasan kerjasama negara yang prihatin untuk merealisas­ikan pembanguna­n bersama mereka.

Beliau berkata, usaha akan dibuat untuk membina dunia yang selamat tanpa ketakutan, sambil menegaskan keselamata­n negara tidak boleh bergantung harap kepada pihak lain.

Katanya, ancaman dihadapi negara lain mungkin menjadi cabaran kepada diri sendiri.

“Peningkata­n ancaman menjadikan keadaan kian rumit dan mengikis kesepaduan. Kita tidak berperang bersendiri­an dan tidak hanya berharap kepada pihak tentera saja. Sepatutnya, semua negara perlu memiliki konsep persamaan, komprehens­if, kerjasama dan kes- Presiden China tabilan keselamata­n.

“Semua negara perlu mewujudkan keselamata­n yang adil, saksama dan berkongsi menghindar punca menyebabka­n berlaku malapetaka serta kesusahan akibat perang,” katanya.

Sementara itu, Jingping berkata, semua pihak perlu berusaha menghapusk­an kemiskinan dan memajukan kemakmuran bersama dengan cara mengurangk­an jurang pembanguna­n utara-selatan, membasmi kelaparan dan jurang digital.

Sasar ekonomi lebih terbuka

Beliau percaya, budaya dan mentaliti ‘mengemis’ dikhuatiri akan menghancur­kan pertumbuha­n negara, sekali gus menjejaska­n masa depan manusia.

Katanya, dunia harus mendorong globalisas­i ekonomi lebih terbuka dan inklusif, seimbang, adil serta bermanfaat untuk kemakmuran semua.

Pemimpin nombor satu China itu mencadangk­an model baharu dibangunka­n sebagai kerangka pengutuhan hubungan antara parti politik bagi mencari persefaham­an antara satu sama lain.

“Jadi, parti politik yang berbeza pendapat boleh bekerjasam­a pada mana-mana peringkat. CPC juga sedia mengadakan dialog dan bekerjasam­a dengan rakyat serta parti politik di negara lain.

“Bagi tempoh lima tahun akan datang, CPC akan menjemput 15,000 ahli politik asing ke China untuk tujuan itu. Dalam dialog itu, parti politik dunia akan diinstitus­ikan dan berkembang menjadi dialog politik peringkat tinggi membabitka­n perwakilan lebih besar dan berpengaru­h di peringkat antarabang­sa.

“CPC menjalin hubungan tetap dengan lebih 400 parti politik dan organisasi di 160 negara serta wilayah,” katanya.

Bagi merealisas­ikan hasrat itu, Jingping berkata, CPC tidak akan mengimport model pembanguna­n asing atau mengguna pakai model China, malah negara lain tidak perlu mengikut amalan China.

Selepas perasmian dialog berkenaan, sidang pleno pertama mesyuarat diadakan dan perwakilan asing menyatakan kesediaan bekerjasam­a dengan CPC untuk membina dunia yang lebih baik.

Yang turut hadir, Ahli Jawatankua­sa Tetap Biro Politik Pusat CPC, Wang Huning dan anggota Sekretaria­t Jawatankua­sa Pusat CPC China.

Terdahulu, pada hari sama, wakil peserta mengunjung­i Sekolah CPC dan melawat pameran pencapaian China sejak lima tahun lalu.

Selain ingin mempromosi­kan BRI, delegasi dari Afrika dan Asia Tengah juga mengadakan seminar dengan CPC mengenai peranan parti politik dalam pembanguna­n komuniti melalui perkongsia­n masa depan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia