Berita Harian

Lelaki OKU ditahan kes bunuh, bakar 4 sekeluarga

Kekasih anak bongsu mangsa disyaki terbabit kejadian Rabu lalu

- Oleh Fuad Hadinata Yaacob

Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) ditahan awal pagi semalam di Kepong bagi membantu siasatan kes bunuh dan bakar empat sekeluarga, di Tanjung Sepat, Rabu lalu.

Lelaki berusia 38 tahun yang juga teman lelaki anak bongsu mangsa, ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Pusat Keong pada jam 1 pagi semalam oleh sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, siasatan awal mendapati suspek yang mengalami cacat pendengara­n dan pertuturan itu tiada rekod jenayah lampu dan bekerja di sebuah kilang perabot di Kepong.

“Dipercayai suspek bertindak sendirian dalam kejadian ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kuala Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, semalam.

Mazlan berkatai, polis percaya masalah kewangan menjadi motif kejadian berkenaan.

“Kita percaya suspek mempunyai hutang sehingga dipercayai mendorongn­ya melakukan perbuatan khianat itu.

“Sebelum kejadian, berlaku pertelingk­ahan di rumah di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, Kuala Langat,” katanya.

Mazlan berkata, selepas kejadian, suspek yang mengalami kecederaan mendapatka­n rawatan di sebuah klinik swasta.

Kes selesai

Katanya, suspek ditahan reman selama tujuh hari mulai semalam hingga Khamis depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mazlan berkata, pihaknya percaya kes itu selesai dengan penahanan suspek.

Beliau berkata, pihaknya juga masih menunggu laporan rasmi proses bedah siasat daripada Hospital Banting.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi Rabu lalu, satu keluarga membabitka­n dua warga emas dan dua kanak-kanak maut dipercayai dibunuh dan dibakar.

Mangsa adalah Lim Mai Shak, 68; Chia Tee Nang, 73, dan dua cucu mereka iaitu Chia Yuan Bin dan Ryan Chia Zeng Xi, masing-masing berusia tiga tahun dan 10 tahun.

Difahamkan, seorang cucu mangsa berusia 12 tahun, yang juga abang Ryan Chia terselamat kerana menyorok di bilik air sebelum mloloskan diri ke luar rumah.

Terdahulu, Mazlan menyaksika­n Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kuala Selangor antara Timbalan Ketua Polis Daerah IPD Kuala Selangor Deputi Superinten­dan Mohd Asri Abdul Wahab, yang kini memangku jawatan Ketua Polis Daerah menggantik­an Superinten­dan Ruslan Abdullah yang bersara wajib.

 ??  ?? Mazlan (tengah) menyaksika­n serah terima tugas Ruslan (kiri) kepada Mohd Asri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor, semalam.
Mazlan (tengah) menyaksika­n serah terima tugas Ruslan (kiri) kepada Mohd Asri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia