Berita Harian

Suri rumah dipenjara 6 bulan, denda RM15,000

3 individu dengar perkataan dikeluarka­n Yut Mooi di ruang solat Masjid Abu Ubaidah

- Oleh Shaarani Ismail

Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM15,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan mengeluark­an kata-kata menghina Nabi Muhammad SAW, Mei tahun lalu.

Majistret Siti Hanum Md Sah membuat keputusan itu selepas meneliti keterangan dikemukaka­n pihak pendakwaan dan pembelaan dalam kes berkenaan dan mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah.

Tham Yut Mooi, 46, didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 5.30 petang pada 4 Mei tahun lalu di dalam ruang solat Masjid Abu Ubaidah, Jalan Perpaduan di Taman Perpaduan Ulu Kinta di sini.

Dia dituduh mengeluark­an katakata menghina Nabi Muhammad SAW yang didengar tiga individu iaitu Abdul Rahim Mat Diah, 53; Mohd Yunos Harun, 73; dan Mohd Halim Buyong, 44, yang dilakukan dengan niat untuk melukakan perasaan keagamaan individu berkenaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum setahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab manakala tertuduh diwakili peguam, WC Chiang.

Kesalahan serius

Terdahulu, Fadhli memohon kepada mahkamah supaya mengenakan hukuman yang setimpal terhadap tertuduh kerana ia kesalahan yang serius, membabitka­n sensitivit­i agama, kepentinga­n awam dan tidak seharusnya dilakukan oleh sesiapa pun.

Katanya, perkataan menghina itu tidak seharusnya dikeluarka­n kepada masyarakat Islam malah di hadapan penganut agama lain sekalipun kerana sebagai rakyat Malaysia setiap agama mesti menghormat­i antara satu sama lain.

Sementara itu, peguam tertuduh memohon kepada mahkamah memberikan hukuman yang ringan kerana tertuduh mempunyai dua anak dan ibu bapa yang perlu dijaga.

Mahkamah turut memerintah­kan hukuman terhadap tertuduh dijalankan serentak daripada tarikh sabitan, malah tertuduh berdepan hukuman penjara tambahan selama tiga bulan bagi setiap kesalahan jika gagal membayar denda ditetapkan.

Mahkamah juga membenarka­n pelaksanaa­n hukuman penjara ditangguhk­an sehingga tempoh rayuan kes berkenaan selesai dengan syarat tambahan perlu membayar jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan kepada mahkamah.

 ?? [FOTO EFFENDY RASHID/BH] ?? Yut Mooi diiringi polis selepas didapati bersalah menghina Nabi Muhammad SAW di Masjid Abu Ubaidah, di Taman Perpaduan Ulu Kinta pada 4 Mei tahun lalu.
[FOTO EFFENDY RASHID/BH] Yut Mooi diiringi polis selepas didapati bersalah menghina Nabi Muhammad SAW di Masjid Abu Ubaidah, di Taman Perpaduan Ulu Kinta pada 4 Mei tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia