Berita Harian

Kerajaan tak bantu pemaju bermasalah

Projek hartanah mewah berdepan masalah kewangan, sukar terjual tidak diselamatk­an

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Kerajaan tidak akan menyelamat atau membantu mana-mana pemaju, terutama pemaju hartanah mewah yang berdepan masalah kewangan atau gagal menjual kediaman atau pejabat yang dibangunka­n mereka.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika menegaskan perkara itu berkata, kerajaan memutuskan untuk campur tangan dengan membekukan projek hartanah mewah baharu bernilai RM1 juta ke atas bermula bulan lalu susulan untuk membendung perkara itu berlaku.

Beliau berkata, kerajaan mengambil berat selain berasa bimbang dengan tindakan sesetengah pemaju yang mahu menjual hartanah mewah di kawasan seperti di pinggiran Kuala Lumpur dan Selangor pada harga yang tinggi sehingga RM1 juta.

Ada permintaan pelabur asing

Katanya, kerajaan tidak mempunyai masalah jika hartanah mewah itu mahu dibangunka­n di kawasan seperti KLCC dan Bukit Bintang kerana permintaan memang ada termasuk dari pelabur asing.

“(Selain itu) Kita juga perlu berlaku adil dengan pemaju hartanah mewah ini. Mereka membeli tanah pada harga sehingga RM3,200 kaki persegi di KLCC dan Bukit Bintang, maka tidak boleh untuk kita jangka mereka akan bangunkan kediaman bernilai RM1 juta ke bawah.

“Malah, di semua lokasi seperti ini akan tetap ada pembeli dan pelabur, kerajaan tidak boleh halang mereka. Tetapi, kerajaan mengambil berat dengan kawasan di pinggiran Kuala Lumpur, Selangor dan sesetengah kawasan di Johor dan Pulau Pinang yang perlu kita amati.

“Malah, langkah pembekuan ini dibuat kerana kerajaan mahu pemaju meneliti sama ada mereka sedang bergerak menuju ke arah pasaran yang betul atau tidak, kerana akhirnya, jika pemaju berdepan masalah, bank juga akan mengalamin­ya dan begitu juga kerajaan.

“Nanti apabila ada mana-mana pihak yang mempunyai masalah dan datang kepada kita untuk minta

tiada perkara seumpama itu. Saya mahu jelaskan, kerajaan tidak mahu terbabit dengan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksika­n majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MOU) di antara EWI dan Willmott Dixon di sini, semalam.

Johari pada 21 November lalu mengumumka­n Kabinet memutuskan untuk membekukan sementara semua projek pembinaan kondominiu­m dan premis komersial seperti ruang pejabat bernilai RM1 juta ke atas berkuat kuasa awal bulan lalu.

Imbang penawaran, permintaan hartanah

Keputusan itu katanya dibuat bagi mengimbang­i penawaran dan permintaan hartanah di negara ini kerana kebanyakan hartanah terbabit tidak laku ketika ini.

Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, pembekuan sementara hartanah bernilai melebihi RM1 juta itu bagi membolehka­n kerajaan mengkaji semula strategi pembanguna­n hartanah supaya ia tidak memberikan kesan kepada ekonomi negara.

 ??  ?? out bail out, Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II bail out bail
out bail out, Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II bail out bail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia