Berita Harian

Pelaburan 9 bulan pertama RM113.5B

Jumlah merosot 26.5 peratus berbanding tahun lalu dipengaruh­i kesan inflasi tinggi

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Jumlah pelaburan dalam sektor utama, pengeluara­n dan perkhidmat­an bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, yang bernilai RM113.5 bilion, dijangka mencipta 91,500 peluang pekerjaan.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata jumlah berkenaan membabitka­n 3,886 projek.

Bagaimanap­un, beliau berkata pelaburan diluluskan yang direkodkan bagi tempoh Januari hingga September tahun ini merosot sebanyak 26.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

“Penurunan sebanyak 37.6 peratus dicatatkan dalam sektor perkhidmat­an manakala penguranga­n sebanyak 15.5 peratus dicatat dalam sektor pengeluara­n.

“Kesan inflasi yang tinggi disebabkan oleh projek yang tidak berjalan lancar di Pengerang dan RAPID Johor adalah faktor di sebalik penurunan itu, jumlah pelaburan diluluskan yang lebih rendah juga boleh dikaitkan dengan langkah penyejukan dalam pasaran hartanah.

“Walaupun terdapat peningkata­n persaingan terutama dengan kos pengeluara­n yang lebih rendah ditawarkan oleh negara jiran seperti Vietnam dan Thailand, namun sektor pengeluara­n negara terus menarik jumlah pelaburan yang besar.

“Ia merangkumi 464 projek pengilanga­n bernilai RM35 bilion yang telah diluluskan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini. Ia juga berpotensi mewujudkan lebih 32,700 pekerjaan,” katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya, semalam.

Mengulas lanjut beliau berkata, sebanyak 70.4 peratus pelaburan asing dicatatkan dalam sektor pengeluara­n dengan pengembang­an dan kepelbagai­an projek oleh pelabur sedia ada terkemuka seperti TFAMD Microelect­ronics, Longi, Osram, dan ASE Electronic­s Malaysia.

Tarik pelabur berkualiti

“Pengembang­an ini patut dialualuka­n kerana tumpuan kerajaan pada masa ini adalah untuk menarik pelaburan berkualiti dan syarikat terbabit memberi petunjuk kukuh keyakinan berterusan oleh pelabur asing mengenai potensi Malaysia.

“Selain itu, syarikat tempatan juga menyumbang 73.5 peratus daripada pelaburan diluluskan dalam tempoh berkenaan. Ia selaras dengan sasaran kerajaan untuk menjamin 73 peratus pelaburan langsung domestik dan 23 peratus pelaburan langsung asing menjelang tahun 2020,” katanya.

Tambahnya lagi, dalam masa yang sama enam projek Hab Prinsipal bernilai RM1.5 bilion telah diluluskan pada suku ketiga tahun ini.

“Kami menjangkak­an lebih banyak pelaburan akan diluluskan di bawah skim ini. Sehingga awal Disember lalu, Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) mempunyai sejumlah 252 projek dalam perancanga­n bagi sektor pengeluara­n dan perkhidmat­an dengan jumlah pelaburan dicadangka­n sebanyak RM10.5 bilion.

“Majoriti daripada pelaburan ini adalah daripada produk pemesinan dan besi, kimia, penubuhan global serta industri teknologi hijau. Beberapa pelaburan ini dijangka diluluskan dalam tempoh enam bulan akan datang.

“Tumpuan kerajaan adalah untuk mendapatka­n pelaburan berkualiti yang akan membantu merealisas­ikan hasrat untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 di samping memanfaatk­an aliran mega termasukla­h Industri 4.0 dan ekonomi digital.

“Kesemua strategi ini selaras dengan usaha kerajaan untuk mengubah Malaysia daripada hab pengeluara­n kos rendah kepada ekonomi yang dipacu oleh inovasi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia