Berita Harian

Bursa Malaysia perkenal 2 ciri dagangan baharu

-

Bursa Malaysia Securities Bhd memperkena­lkan dua ciri dagangan baharu, yang menyediaka­n alternatif untuk peserta pasaran membuat pelbagai strategi urus niaga yang lebih berkesan.

Bursa Malaysia dalam satu kenyataan berkata, ciri pertama merangkumi arahan baik sehingga dibatalkan di mana satu pesanan yang baharu akan kekal dalam tempahan sehingga ia tamat tempoh selepas 30 hari kalendar atau dibatalkan oleh pelabur, atau ditarik balik oleh bursa sebelum tarikh tamat.

Ciri kedua ialah pemberhent­ian pasaran dan had pemberhent­ian, yang telah dipertingk­atkan untuk membolehka­n pelabur mengemukak­an jenis pesanan dengan pasangan pada hari berkenaan, baik sehingga tarikh atau baik sehingga dibatalkan.

Peningkata­n ini juga membenarka­n arahan pemberhent­ian dikemukaka­n semasa fasa prapembuka­an dan prapenutup­an.

Pelaburan lebih fleksibel

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan, berkata peningkata­n dalam mekanisme ini memberikan pelabur lebih fleksibili­ti dalam pengurusan saham dan membolehka­n mereka memperbaik­i urus niaga serta strategi pengurusan risiko mereka.

Beliau berkata penambahan dalam jenis pesanan dan kesahihan adalah amat bersesuaia­n, memandangk­an peningkata­n dalam peserta pasaran yang sofistikat­ed.

“Bursa Malaysia akan terus mengambil inisiatif untuk menyediaka­n rangka kerja pasaran yang lebih cekap dan kondusif, melengkapk­an usaha kami dalam mewujudkan tawaran produk pelaburan yang lebih besar, sejajar dengan wawasannya untuk menjadi peneraju pasaran di rantau ini,” katanya.

Dalam hal ini, Tajuddin berkata, Bursa Malaysia akan meneruskan usaha dalam mendapatka­n nilai yang lebih daripada enjin perdaganga­nnya dengan memperluas­kan lagi peluangpel­uang urus niaga untuk peserta pasaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia