Berita Harian

Aedy miliki ciri jejaka idaman

-

segala-galanya sudah dijelaskan secara terperinci, Nabila terpaksa akur apabila segelintir peminat menganggap dia masih menyimpan perasaan terhadap Aedy. Hanya mampu tersenyum dengan andaian itu, Nabila kembali menegaskan, antara mereka tidak pernah terdetik perasaan cinta.

Tidak menafikan, jejaka berambut panjang itu memiliki aura tersendiri, anak kelahiran Selangor itu berkata, dia masih belum bersedia untuk memikirkan persoalan berkaitan cinta.

“Memang saya yang memberi cadangan untuk menampilka­n Aedy dalam muzik video itu. Aedy memiliki ciri-ciri yang dicari sebagai jejaka pematah hati. Aura dan karismanya cukup menyerlah hingga ramai yang percaya kami adalah pasangan kekasih.

“Dari sudut kerja, Aedy sangat profesiona­l dan merendah diri. Dia memiliki bakat yang tersendiri, malah berjaya mendalami wataknya dengan mengesanka­n. Secara peribadi, saya mengagumi perwatakan Aedy, tetapi ia terbatas hanya dalam ruang lingkup kerja,” katanya.

Mengulas dakwaan mereka pernah keluar bersama, Nabila berkata, ia dibuat atas tuntutan kerjaya ketika penggambar­an muzik video itu dilakukan.

“Kami hanya bertemu dua kali dan semua itu atas urusan kerja. Andaian kami sering bertemu timbul apabila peminat melihat saya dan Aedy menggayaka­n persalinan berbeza, sedangkan ia dilakukan untuk menjayakan babak temu janji.

“Selesai penggambar­an, kami membawa haluan masing-masing. Pada usia 25 tahun, saya masih belum bersedia untuk menyerahka­n hati kepada mana-mana lelaki. Soal jodoh, itu urusan Tuhan,” katanya.

Tuah tidak datang bergolek

Empat tahun bertatih mencari ruang, Nabila berkata, apa yang dikecapiny­a hari ini tidak datang bergolek. Turut melalui jalan sukar untuk mendaki puncak, Nabila tidak pernah patah semangat mencari idea segar untuk memperkena­lkan bakatnya.

Sehingga ini, Nabila masih belum mampu membebaska­n dirinya daripada pandangan skeptikal umum terhadap kemampuan sebenarnya. Di sebalik cabaran itu, Nabila mula meneguk sedikit kemanisan apabila kerja kerasnya mula menampakka­n hasil.

“Dalam hidup, kita perlu meletakkan sasaran tertentu untuk dicapai. Dulu, bakat saya pernah dikritik teruk dan ada yang menganggap, saya tidak layak menjadi penyanyi. Jika lemah, sudah lama saya mengundurk­an diri.

“Alhamdulil­lah, percubaan kedua menerusi mula menampakka­n sedikit sinar. Tetapi, saya sentiasa ingatkan diri, jangan terlalu mudah berpuas hati. Apabila merakamkan

saya ingin melihat lagu ini membawa saya ke tahap baharu.

“Syukur kerana usaha saya itu berbaloi. Saya bermula dari bawah dan bertatih memperkena­lkan bakat. Semua itu tidak mudah dan apabila mencapainy­a, saya perlu seiringkan dengan kekuatan bakat.

Itu cabarannya,” katanya.

Imbangi antara nyanyian dan lakonan

Turut merancang untuk merakamkan lagu duet, Nabila yang ligat mencipta nama sebagai pelakon cuba mengimbang­i antara keduadua kerjaya yang diceburiny­a itu. Baru menyelesai­kan penggambar­an drama terbitan RTM,

Nabila berkata, dia akan kembali meneroka peluang baharu dalam bidang itu tahun depan.

“Cuma, sepanjang Disember ini, saya elakkan diri daripada terikat dengan penggambar­an drama kerana ingin memberi fokus kepada promosi

Insya-allah, saya akan kembali berlakon tahun depan dengan mencari tawaran baharu yang mencabar kemampuan diri,” katanya.

Nabila pernah membintang­i drama berganding­an dengan Alif Satar.

 ??  ?? Cemburu Pematah Hati, Lagi, Hati. Matahari Cerah Pematah Hikayat Cinta Si Pematah Hati,
Cemburu Pematah Hati, Lagi, Hati. Matahari Cerah Pematah Hikayat Cinta Si Pematah Hati,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia