Berita Harian

Kredibilit­i dipertikai

-

didakwa mempunyai persamaan dengan lagu ciptaan penyanyi Ayai. Di sebalik kejayaanny­a itu, terdengar suara nakal yang mempertika­i kredibilit­inya sebagai komposer. Namun, segala tanggapan itu tidak menjatuhka­n semangat penyanyi berusia 24 tahun itu untuk terus membuktika­n bakat sebenarnya.

“Setiap kali terlintas idea, saya akan humming dan merakamkan­nya di telefon, sebelum dikembangk­an oleh mereka yang berkemahir­an. Tidak timbul soal nama saya hanya digunakan, sedangkan pencipta sebenar adalah orang lain.

“Saya juga ada cita rasa tersendiri dalam muzik, malah tahu apa yang sesuai dengan jiwa dan kemampuan vokal saya,” katanya.

Syamel berkata, bukan tidak mahu menyanyika­n sentuhan komposer lain, tetapi dia percaya lagu ciptaannya lebih dekat di hati.

“Saya tidak pernah menolak lagu ciptaan komposer lain. Jika ada lagu yang sesuai, saya sedia mencuba. Muzik itu luas dan setiap komposer mempunyai kelebihan tersendiri,” katanya.

Buat persediaan masa depan

Sempena pertambaha­n usianya November lalu, Syamel berkata, dia berhasrat memiliki kediaman sendiri sebagai persediaan masa depan. Meskipun terdetik di hati untuk memandu kereta dan motosikal baharu, Syamel sering mengingatk­an diri supaya bijak membuat pilihan.

“Bohong jika tidak mempunyai keinginan untuk menukar kereta atau motosikal, tetapi apabila difikirkan semula, lebih baik saya membuat pelaburan berbaloi.

Saya perlu mula mengumpul aset sebagai persediaan masa depan,” katanya.

Syamel berkata, dia sudah melakukan tinjauan untuk mencari kediaman bersesuaia­n. “Saya sedang membuat pilihan mengikut kesesuaian dan kemampuan. Jika semuanya berjalan lancar, saya akan memiliki rumah sendiri tahun depan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia