Berita Harian

Firman tak mudah tergoda

Syukur tiada kontrovers­i walaupun sering diburu peminat fanatik

- Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Brajamawar@bh.com.my

ukan sedikit ujian yang ditempuhi penyanyi popular Indonesia, Firmansiag­iansejak mencipta nama 12 tahun lalu. Namun, penyanyi yang popular dengan lagu dan tidak pernah dihimpit kontrovers­i.

Sering diburu peminat fanatik, malah ada yang sanggup menunggu di pintu kamar penginapan, Firman bersyukur, namanya tidak pernah terkait dalam isu membabitka­n skandal atau hubungan sulit. Membawa nama sebagai anak seni, penyanyi kelahiran Medan, Indonesia itu sentiasa menjaga keperibadi­an supaya imej baiknya tidak tercemar.

“Kontrovers­i mampu menghancur­kan masa depan seseorang insan seni, namun saya tidak mahu menyalahka­n sesiapa. Tuhan memberikan kita akal, terserah bagaimana untuk menanganin­ya. Lumrah apabila nama dikenali, pasti ada yang cuba mendekati dan ingin mengambil kesempatan.

“Saya sering menerima mesej menggoda yang dihantar menerusi akaun media sosial. Pelbagai mesej pelik yang diterima, tetapi saya tidak pernah membalasny­a. Ada peminat yang menganggap saya sombong, tetapi saya sedar diri.

“Saya bukan jenis lelaki yang mudah tergoda. Lagipun, saya sudah beristeri dan memiliki dua cahaya mata. Setiap kali berdepan peminat fanatik seperti itu, saya akan menegur dan menasihati mereka dengan baik.

“Nasihat saya, jangan terlalu taasub hingga sanggup menggadai maruah. Saya tidak akan sesekali mengambil kesempatan keataspemi­nat,”katanya.

Bermasam muka dengan isteri

Bintang Gegar Vaganza musim keempat (GV4) itu berkata, pada awalnya, isteri, Marisya Purwana Putri tidak dapat menerima apabila dia sering dikejar peminat wanita. Ketika awal berumah tangga, mereka sering bermasam muka kerana isterinya masih belum faham dengan liku hidup yang terpaksa dilaluinya.

“Isteri bingung setiap kali melihat peminat menyerbu saya ketika kami berjalanja­lan di pusat belibelah. Pasti berlaku salah faham hingga merosakkan mood kami. Tetapi itu dulu kerana kini, isteri tidak lagi mempedulik­annya.

“Sesekali, dia akan turut sama melayani peminat. Saya bersyukur isteri tidak cemburu. Ada juga peminat yang cuba bertindak keterlalua­n, tetapi saya selalunya menepis dengan baik. Hati dan perasaan isteri juga harus dijaga,” katanya.

Nama sebenarnya, Firman Rahmat Siagian pernah mendakwa, dianaktiri­kan syarikat rakamannya, Nagaswara Record dan Multiswara Record.

Tidak pernah memiliki album, hanya muncul dengan single seperti Separuh Hati, Tetaplah Menjadi Yang Terindah, Nanti Dulu (menampilka­n Kamaya), Cukup 3 Kata (menampilka­n Cut Memey), Jangan Pikirin Abang (menampilka­n

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia