Berita Harian

Cabar diri timba pengalaman baharu dalam GV4

-

Penyanyi kelahiran program Indonesia Idol pada 2005 itu berkata, pada awalnya dia menolak tawaran menyertai GV4 kerana sudah penat menyertai pertanding­an. Tambahan pula, tawaran itu datang ketika dia baru menyelesai­kan program Dangdut Academy Celebrity 2, beberapa bulan lalu.

“Saya sempat membuat rujukan di Youtube mengenai program ini. Apabila mengetahui GV antara program popular di Malaysia, saya cabar diri untuk menimba pengalaman baharu.

“Banyak pengalaman dan ilmu nyanyian yang diperoleh. Program ini umpama festival muzik yang mengumpulk­an penyanyi hebat. Meskipun bersaing, kami tetap menyokong antara satu sama lain.

“Hubungan kami juga akrab, malah sering berkongsi pengalaman dan tip.

“Jika ada yang perlu ditegur, kami tidak segansilu memberitah­u untuk memastikan semua peserta memberikan persembaha­n terbaik setiap minggu,” katanya.

Tidak mengejar populariti

Firman berkata, niatnya menyertai GV4 bukan untuk mengejar populariti. Dia juga tidak tertekan untuk memburu gelaran juara dan perkara itu, tidak pernah terlintas di fikirannya.

“Sebelum menyertai GV4, saya tekankan kepada diri supaya menerima apa saja risiko. Menang atau kalah, jangan menyesal kerana saya sedang berjuang,” katanya.

Firman yang kini tidak lagi bernaung di bawah manamana syarikat rakaman selepas kontrak dengan Universal Music Malaysia tamat kirakira dua tahun lalu sedang mempertimb­ang beberapa tawaran baharu.

“Sebelum GV4, saya menerima tawaran daripada tiga syarikat rakaman iaitu dua di Indonesia dan satu di Malaysia. Saya harus berhatihat­i kerana tidak mahu berlaku sebarang masalahlag­i,”katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia