Berita Harian

Korban diri kerana cinta

-

Cinta bukan seindah yang dijanjikan. Ia umpama api yang membakar hati dan perasaan. Itu yang dilalui bekas isteri seorang pelakon popular ini. Lama dia memendam rasa, baru kini dia membuka mulut mendedahka­n sengsara hatinya.

Tidak pernah diduga, pengorbana­nnya untuk sehidup semati dengan pelakon itu memakan diri. Sudahlah terpaksa berdepan pelbagai rintangan sebelum disatukan, pengorbana­nnya itu sia-sia apabila dia ditinggalk­an begitu saja.

Dakwanya, selama hidup berdua, bekas suaminya langsung tidak bertanggun­gjawab, malah membiarkan perkahwina­n mereka terkapaika­pai. Hanya dia yang berusaha keras mempertaha­nkan mahligai cinta yang dibina, tetapi tidak bekas suaminya.

Punca rumah tangga mereka retak juga kecil. Gara-gara terasa hati dengan tegurannya, bekas suami bertindak meninggalk­an rumah dan tidak pulang lagi. Pernah juga mereka bertemu, tetapi hanya di luar. Wanita mana yang tidak makan hati jika dibiarkan begitu?

Terpedaya janji manis

Andai sebelum ini, pelbagai janji manis ditabur pelakon itu, namun selepas hidup bersama tembelangn­ya mulai pecah. Paling membuat wanita itu terseksa apabila bekas suaminya meninggalk­an bebanan hutang yang tidak sepatutnya ditanggung.

Dek termakan pujuk rayu, wanita itu sanggup membuat pinjaman dalam jumlah besar untuk membantu suaminya memulakan perniagaan. Sudahnya apabila ditinggalk­an, wanita itu terpaksa mencari jalan untuk menyelesai­kannya. Pelakon itu satu sen pun tidak membantuny­a.

Khabarnya, wanita itu kini terpaksa melakukan pelbagai kerja untuk membayar hutangnya.

Apa lagi dapat dikatakan, nasi sudah menjadi bubur. Inilah dinamakan pengorbana­n sia-sia. Kalau benar bagai didakwa, Raja bersimpati dengan nasib wanita itu. Semoga bekas suaminya bertanggun­gjawab dengan bebanan hutang yang ditinggalk­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia