Berita Harian

Pelakon wanita ditipu anak sendiri

-

Kisah rumah tangga anggota kumpulan One Nation Emcees, Mimi Fly mula menjadi buah mulut ramai apabila gambar bersama suami, Mohd Firdaus Hajar sudah tidak lagi dimuat naik di laman sosial. Malah, banyak gambar bersama suaminya sudah dipadamkan.

Sebelum dipadamkan, agak lama juga Mimi tidak memuat naik gambar bersama suaminya yang bertugas sebagai pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi. Mungkin Mimi memilih untuk tidak terlalu mendedahka­n suami kepada umum. Maklumlah, Mimi yang

Raja kenal boleh tahan perahsia juga orangnya.

Tetapi, apabila kelibat suaminya tiada lagi dilihat menemaniny­a setiap kali menjayakan persembaha­n seperti sebelum ini, ia menambahka­n tanda tanya. Setahu Raja, suaminya dulu menguruska­n kerjaya seninya. Kini, ramai yang hairan apabila Ini satu lagi kisah menyedihka­n membabitka­n seorang pelakon wanita popular. Khabarnya pelakon yang terkenal sedikit masa lalu itu ditipu anak kandung yang melarikan wang selepas dia menjual hartanya. Mimi sering bersendiri­an tanpa suami.

Tinggal berasingan

Ramai yang tertanya-tanya, apakah rumah tangga Mimi dan suami kini sedang bergolak? Jawapan itu tiada pada Raja, tetapi boleh diajukan kepada penyanyi seksi itu. Rasanya tidak perlulah membuat spekulasi, mungkin suami Mimi sibuk dan jarang dapat menemaniny­a.

Sebelum ini, terdengar juga cerita Mimi duduk berasingan dengan suami selepas kematian arwah bapanya yang menghidap barah hati. Mimi minta tinggal berasingan kerana mahu menenangka­n fikiran dan menyelesai­kan beberapa masalah keluarga.

Mimi dan Mohd

Firdaus berkahwin pada 2015. Usia perkahwina­n baru memasuki dua tahun, sayang jika tidak mampu dipertahan­kan.

Mereka bukan baru mengenali antara satu sama lain, sebaliknya sudah bercinta sejak usia belasan tahun. Apa pun, doakan yang baikbaik untuk mereka. Khabarnya, bukan sedikit jumlah wang yang dilarikan itu, boleh tahan lumayan juga.

Raja dengar artis itu kini sedang bermasalah apabila tiada tempat berlindung. Sudahlah harta tergadai, diri pula tidak dipedulika­n. Kasihannya, apalah nasib yang menimpa aktres jelita ini.

Tergamak si anak menipu ibu sendiri. Paling menyedihka­n, dia sanggup membiarkan ibunya terkontang­kanting tanpa tempat berlindung. Pelakon itu bukan muda lagi, tawaran berlakon pun semakin kurang.

Mahu mencari rumah sewa maklum sajalah, bukan sedikit duit yang harus disediakan.

 ??  ?? RAJA: Tahniah Jihan dan suami yang bakal menimang cahaya mata lelaki.
RAJA: Tahniah Jihan dan suami yang bakal menimang cahaya mata lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia