Berita Harian

Kembali temui jalan pulang

-

kelahiran album pertama yang bakal menjengah pasaran 12 Januari depan, tidak banyak yang dikongsi Cabello mengenai produksi itu. Mengambil langkah memperkena­lkan Havana pada Ogos lalu, percaturan Cabello berhasil apabila single itu melakar sejarah tersendiri apabila meraih pelbagai kejayaan membanggak­an.

Berterima kasih kepada produser, Frank Dueks yang memainkan peranan besar dalam menggabung­kan elemen klasik Latin dengan sentuhan segar dan moden, Cabello berkata, mereka bekerjasam­a untuk menterjema­hkan album itu sebagai refleksi diri.

“Semua yang ada di minda dan hati diterjemah­kan dalam album ini. Ketika bersama Fifth Harmony, saya tidak berpeluang menemui kesempatan itu. Tiada salah apabila menyanyika­n lagu yang ditulis orang lain, cuma ia bukan untuk saya.

Tulis sendiri lagu

“Saya mahu menulis sendiri kerana ia membuat saya gembira. Saya sanggup melakukan kesilapan, memperbetu­lkan kembali dan belajar menjadi matang. Hanya dari situ, orang dapat membezakan saya dengan penyanyi lain,” katanya.

Menyifatka­n album itu sebagai rakaman perjalanan kehidupann­ya yang lalu, Cabello berkata, setiap lagu menyimpan kenangan tersendiri.

“Saya tidak akan berbohong, malah meninggalk­an Fifth Harmony seolah-olah babak hidup saya berakhir. Ia bermula dengan jalan cerita orang lain, namun pada akhirnya, saya menemui kembali jalan pulang,” katanya.

Cabello pada 7 Disember lalu melancarka­n dua single terbaru serentak iaitu

Never Be Same dan

Real Friends menerusi platform digital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia