Berita Harian

MAAB, PMBI jalin kerjasama tingkat pengurusan fail wasiat

-

Myangkasa Amanah Bhd (MAAB), berada di landasan tepat untuk meningkatk­an jumlah pengurusan perancanga­n harta pusakanya dengan menjalin kerjasama strategik bersama PMB Investment Bhd (PMBI), anak syarikat Pelaburan MARA Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif MAAB, Datuk Ahmad Saruji Abdul Azizi, berkata pihaknya menjangkak­an untuk menguruska­n kirakira 500 fail urusan wasiat dan pentadbira­n pusaka dalam tempoh tiga bulan, membabitka­n pelabur PMBI.

Katanya, kerjasama antara MAAB dan PMBI amat penting kerana mereka boleh melaksanak­an urusan wasiat dan pentadbira­n pusaka melalui ejen PMBI di seluruh Semenanjun­g Malaysia, dengan kadar fi yang berpatutan pada bilabila masa.

“Setakat ini, MAAB telah menguruska­n 213 fail dan kami yakin jumlah yang disasarkan itu dapat dicapai berikutan sudah ada permohonan.

Rakan strategik

“MAAB juga mencari rakan strategik yang betul bagi memastikan kadar penembusan rakyat Malaysia melaksanak­an pentadbira­n harta pusaka meningkat berbanding kurang satu peratus pada masa ini,” katanya kepada media pada majlis menandatan­gani perjanjian kerjasama strategik antara MAAB dan PMBI di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Pengerusi PMBI, Datuk Abdul Malik Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif PMBI, Najmi Mohamed; dan Timbalan Presiden ANGKASA, Mutadho Bahri.

Ahmad Saruji berkata, sehingga kini MAAB masih kekal sebagai pemain industri produk penulisan wasiat pada kadar bayaran terendah di pasaran berbanding dengan syarikat amanah lain.

“Untuk wasiat, fi yang dikenakan hanya RM400 (sekali bayar) dengan pindaan percuma dan caj pusaka adalah dua peratus daripada jumlah nilai aset.

“MAAB masih mengekalka­n harga mampu milik kepada orang ramai untuk menggalakk­an pelanggan membuat perancanga­n harta pusaka yang komprehens­if,” katanya.

Sementara itu, Najmi berkata, bagi memberi nilai tambah kepada pelanggan, MAAB akan memberi mandat kepada PMBI untuk menawarkan perkhidmat­an hibah kepada pelabur dan pelanggan PMBI pada suku pertama 2018.

“Buat masa ini, terdapat kirakira 70,000 pelabur yang melabur dengan PMBI dan diharap dengan produk pengurusan amanah MAAB ini dapat memberi mereka lebih banyak pilihan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia