Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak naik pada Jumaat, ditarik oleh penutupan saluran paip utama Forties di North Sea dan pemotongan pengeluara­n berterusan yang diketuai oleh Pertubuhan Negara-negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC), meskipun peningkata­n pengeluara­n dari Amerika Syarikat (AS) mengekalka­n penutupan pasaran.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermedia­te (WTI) AS berada pada AS$57.28 satu tong pada 0757 GMT, naik 26 sen, atau 0.5 peratus daripada penutup sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras harga minyak antarabang­sa pada AS$63.47 satu tong, naik 16 sen, atau 0.25 peratus, daripada penutup sebelumnya.

“Kerosakan berterusan pada saluran paip Forties, yang menyalurka­n minyak dari North Sea ke Britain, adalah pemacu utama harga minyak,” kata peniaga.

“Pengendali saluran Forties, Ineos mengisytih­arkan force majeure bagi penghantar­an minyak mentah susulan penemuan kebocoran pada saluran Selasa lalu, menunjukka­n kerja membaik pulih mengambil masa beberapa minggu,” kata bank pelaburan AS, Jefferies.

Walaupun gangguan saluran paip itu secara fizikalnya memberi kesan kepada wilayah North Sea, ia turut berkait dengan global kerana bekalan minyak mentahnya adalah sebahagian daripada bekalan menyokong penanda aras harga Brent.

“Jika tempoh gangguan itu berlaku selama beberapa minggu, ia akan meletakkan tekanan ke atas harga Brent,” kata Jefferies.

Goldman Sachs berkata, keadaan pasaran membenarka­n syarikat minyak utama, yang dirujuk sebagai Big Oil akan memasuki ‚kitaran semakan pendapatan yang positif‘.

“Ini juga sepatutnya membolehka­n Big Oil untuk memperoleh semula keuntungan pulangan modal dua angka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia