Berita Harian

Muzium adiwira Sibu

Usahawan buka Toys Universi kongsi koleksi eksklusif figura popular

- Oleh Harun Yahya

Bermula dengan minat mengumpul koleksi patung atau figura aksi filem adiwira popular, Richard Lee Ning, akhirnya membuka Muzium Toys Universe di sini, bagi membolehka­n orang ramai melihat koleksi eksotik dan eksklusif miliknya.

Ahli perniagaan berusia 31 tahun itu berkata, beliau mula mengumpul figura itu sejak tujuh tahun lalu, didorong minat mendalamny­a terhadap figura aksi bersaiz sederhana yang mempunyai perincian seolah-olah watak sebenar dalam filem.

Antara yang terbesar di Asia

Malah, koleksi dipamerkan itu antara yang terbesar di Asia, membariska­n figura daripada siri filem

dan termasuk

dan filem

sehingga watak dalam seperti

dan

Yang turut dipamerkan, figura aksi seperti , Pr edators,

dan pelbagai watak utama dalam siri filem Star Wars yang popular di serata dunia.

“Antara tarikan utama ialah lima figura aksi bersaiz sebenar, termasuk dua Ironman dan satu Iron Patriot, selain satu Hulkbuster. Semua patung bersaiz sebenar ini bernilai lebih RM70,000 setiap satu mengikut pasaran semasa.

“Ia dipinjamka­n rakan baik saya yang juga pengumpul tegar koleksi figura untuk dijadikan bahan pameran di muzium ini,” katanya dalam pertemuan bersama BH, di sini.

Tarikan baharu di Sibu

Menceritak­an sebab utama muzium itu dibuka, Richard berkata, ia sebahagian daripada inisiatif beliau dan rakan baiknya untuk mewujudkan tarikan baharu di Sibu sebagai destinasi pelanconga­n terkemuka di Sarawak.

“Saya graduan dari New Zealand. Anda boleh bayangkan sejak remaja hingga tamat pengajian, seterusnya saya pulang ke Sibu, bandar ini masih sama tanpa ada elemen baharu yang mampu menarik golongan muda, terutama dalam konteks hiburan.

“Maka, saya mengemukak­an cadangan kepada Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) untuk mendapatka­n kelulusan pembinaan muzium dua tingkat ini. Selepas dua tahun merancang, akhirnya impian membuka Muzium Toys Universe menjadi kenyataan,” katanya.

 ?? [FOTO HARUN YAHYA/BH] ?? Richard menunjukka­n figura Ironman bersaiz sebenar yang dipamerkan di Muzium Toys Universe, Sibu.
[FOTO HARUN YAHYA/BH] Richard menunjukka­n figura Ironman bersaiz sebenar yang dipamerkan di Muzium Toys Universe, Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia