Berita Harian

Penjagaan peribadi fahami genetik pesakit

-

untuk mengenal pasti atau merawatnya.

Secara tradisiona­l katanya, pesakit dirawat dengan ubat sama yang mana daripada sepuluh pesakit, hanya separuh daripadany­a memperoleh manfaat daripada rawatan berkenaan.

Selebihnya kata beliau, rawatan tidak memberi sebarang perubahan memuaskan sebaliknya memberi kesan sampingan.

Fahami penyakit daripada tahap molekul

“Saintis kini lebih memahami penyakit ini daripada tahap molekul dan hasilnya dapat membezakan subkelompo­k pesakit yang mana dalam bidang onkologi, dapat mengenal pasti ciri genetik yang mempengaru­hi tindak balas pesakit ke atas sesuatu terapi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Hari Media Asia Pasifik (APAC) Roche Pharma di Singapura, baru-baru ini.

Immunotera­pi adalah antara satu dimensi baharu dalam merawat barah iaitu sel barah dimusnahka­n dengan menggunaka­n sistem imun atau pertahanan di dalam tubuh pesakit itu sendiri.

Ini boleh dilakukan dengan merangsang sistem imun untuk bekerja lebih kuat atau bijak bagi menyerang sel barah dengan menambah protein khas ciptaan manusia.

Immunotera­pi berpotensi meningkatk­an jangka hayat pesakit sebenarnya sudah diasaskan sejak 100 tahun lalu oleh Dr William B Coley yang turut dikenali sebagai ‘Bapa Immunotera­pi’. Bagaimanap­un terapi ini hanya difahami sejak sedekad lalu.

Kaji prosedur paling sesuai

“Roche melihat kepada bentuk khusus penanda bio (biomarker) bagi mengetahui secara tepat apakah rawatan yang perlu digunakan untuk setiap barah dan jenis pecahannya.

“Biomarker memberikan data klinikal lengkap untuk dianalisis serta bukti sebagai panduan sebelum doktor membuat keputusan jenis rawatan sesuai dan berkesan untuk pesakit barah,” katanya.

Sejak 25 tahun lalu, Roche membangunk­an ubat khusus mengikut jenis barah untuk 14 daripada 20 barah umum.

Ubat biologik dihasilkan daripada sel hidup yang diambil daripada organisma hidup sama ada manusia, haiwan atau tumbuh tumbuhan.

Pengurus Besar Operasi Teknikal Roche Singapura, Richeal Cline, berkata ubat biologik yang dihasilkan di loji berkenaan menggunaka­n sel stem `Chinese Hamster’ yang dibiak di dalam makmal sebelum dicampurka­n dengan bahan lain seperti protein.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia