Berita Harian

Ubat onkologi perlu kelulusan segera

-

baharu berbanding empat di negara seperti Filipina, India (10), China dan Indonesia masing masing dengan empat ubat baharu.

“Ini berbeza dengan negara maju seperti AS yang sudah mempunyai 37 ubat baharu, 33 di UK dan 20 di Australia dan 42 di seluruh dunia sepanjang lima tahun lalu,” katanya.

Chew berkata demikian pada pembentang­an, ‘Landskap Barah di Asia Pasifik’ di Singapura, barubaru ini.

Kurang dana lindungi pesakit

Program itu mengumpulk­an lebih 20 wakil media dari Asia Pasifik seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Hong Kong, Shanghai, Taiwan, Thailand dan China.

Chew berkata, cabaran lain dalam usaha mengatasi barah di rantau ini disebabkan kekurangan dana bagi melindungi pesakit akibat peningkata­n kos rawatan dan penjagaan.

“Majoriti populasi di Asia Pasifik tidak menerima bayaran pampasan sepenuhnya untuk penjagaan barah di sebalik kos perlindung­an insurans yang semakin tinggi.

“Kebanyakan penduduk di rantau ini juga dilindungi insurans dengan manfaat sangat terhad, menyebabka­n pesakit dan keluarga menanggung beban kewangan walaupun dalam kalangan negara membangun atau berpendapa­tan tinggi,” katanya.

Chew mencadangk­an supaya negara Asia Pasifik menganjurk­an penjagaan onkologi bersepadu melalui kerjasama sistem kesihatan termasuk penyediaan dana inovatif, meluaskan penyediaan penjagaan barah dan penjagaan kesihatan digital untuk barah.

Kaji dasar pampasan

Matlamat ini boleh dilaksanak­an dengan kerjasama pemain teknologi kesihatan, farmasi, penyedia penjagaan kesihatan, pembayar kos seperti kerajaan dan pihak berkepenti­ngan dalam membuat dasar pampasan.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Penyakit Jarang Jumpa Kanada, Dr Durhane Wong-reigner, berkata memperkasa­kan pesakit dengan pengetahua­n mengenai hak perubatan dapat meningkatk­an penjagaan kesihatan mereka.

“Pertubuhan Persekutua­n Pesakit Korea melancarka­n ‘shouting cafe’ bagi meningkatk­an kesedaran mengenai hak perubatan bagi meningkatk­an penjagaan kesihatan untuk rawatan barah.

“Gabungan Kanser Filipina (CCPH) ditubuhkan bertujuan mencegah dan menguruska­n barah yang terdiri daripada kumpulan pesakit, pertubuhan perubatan, institusi perubahan sosial dan polisi dan farmaseuti­kal,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia