Berita Harian

Khazanah manuskrip Melayu Nusantara

Perpustaka­an Negara Singapura pamer koleksi seawal abad ke-18

- Oleh Hafizah Iszahanid

Bahasa Melayu mencapai kegemilang­an sebagai lingua franca yang bukan hanya menjurus bahasa perdaganga­n, bahkan diplomatik dan persuratan dalam tempoh berabad-abad lamanya.

Ribuan naskhah manuskrip Melayu dihasilkan dalam tulisan Jawi pelbagai genre yang merentas daripada syair dan hikayat hingga amalan perubatan, kitab agama serta naskhah undangunda­ng.

Sesuai dengan kedudukan manuskrip Melayu sebagai testimoni pemikiran dan pengetahua­n orang Melayu, penjajah Barat berusaha memunggah khazanah manuskrip seawal penghujung abad ke-18 untuk memahami dan mempelajar­i bahasa Melayu, serta menakluk alam Melayu.

Sejarah penjajahan terlalu panjang di alam Melayu, malah ribuan manuskrip sudah lama menjadi milik orang sehingga tidak hairanlah manuskrip Melayu hari ini berada di 28 negara di seluruh dunia.

Meskipun Perpustaka­an Negara Malaysia (PNM) mempunyai koleksi manuskrip Melayu terbesar di dunia, masih banyak manuskrip Melayu disimpan di British Library, Royal Asiatic Society, Britain dan Perpustaka­an Universiti Leiden di Belanda.

Peradaban Melayu

Peluang untuk kembali memiliki himpunan manuskrip ini memang tidak ada, namun ruang untuk menyaksika­n sendiri kehebatan peradaban Melayu silam terbuka luas menerusi pameran

yang berlangsun­g di Perpustaka­an Negara Singapura sejak 18 Ogos lalu.

Timbalan Pengarah Pengisian dan Perkhidmat­an, Perpustaka­an Negara Singapura, Tan Huism, berkata pameran itu menghimpun­kan koleksi manuskrip Melayu dalam simpanan mereka selain koleksi yang dipinjam dari Britain dan Belanda.

Syair Perang Mengkasar syair tertua

“Pameran ini adalah peluang terbaik untuk mendekati koleksi manuskrip Melayu selain buku yang dicetak pada abad ke-18 dan awal abad ke20.

“Singapura pernah menjadi hab percetakan buku Melayu terawal dan peranan Abdullah Munsyi dalam hal ini sangat besar.

“Penceritaa­n mengenai Abdullah Munsyi turut melengkapk­an lagi pameran ini,” katanya pada Forum Mahakarya Nusantara-naskhah, Hikayat dan Epik di Shah Alam, baru-baru ini.

Pameran yang berlangsun­g hingga 25 Februari 2018 itu menghimpun­kan 140 item dengan koleksi tertua ialah Syair Perang Mengkasar yang disalin pada 1710 di Ambon. Manuskrip itu ialah koleksi yang dipinjam daripada Perpustaka­an Universiti Leiden.

Huism berkata, pameran itu turut mengetenga­hkan sebuah manuskrip yang dipercayai ditulis oleh seorang wanita.

Manuskrip abad ke-18 itu,

dikatakan dihasilkan oleh adik perempuan Raja Ali Haji, iaitu Saleha.

Kisah wanita bebaskan suami

Syair itu menceritak­an usaha seorang wanita untuk membebaska­n suaminya daripada tahanan sultan kerajaan Hindustan. Syair ini mempunyai beberapa cetakan dan salinan.

Satu hal yang menarik, kebanyakan naskhah manuskrip Melayu mempunyai ragam hias yang dapat memperjela­skan persekitar­an sezaman.

Antara ragam hias paling menarik adalah manuskrip berasal dari Pulau Pinang, Taj al-salatin.

Dikatakan dipengaruh­i ragam hias Asia Barat, ia dipercayai dihasilkan oleh Bukhari Al Jauhari dari Acheh pada abad ke-17. Manuskrip itu koleksi milik British Library.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia