Berita Harian

Majikan patut prihatin persekitar­an psikososia­l kakitangan

-

psikososia­l perlu dianggap sebahagian aspek keselamata­n dan kesihatan pekerjaan (KKP) serta diambil kira apabila majikan membangunk­an sistem pengurusan KKP mereka.

Memandangk­an risiko psikososia­l turut memberi kesan kepada keselamata­n di tempat kerja, terdapat keperluan untuk memasukkan program kesihatan menyeluruh di dalam sistem pengurusan KKP.

Jika kita tidak mempedulik­an isu psikososia­l, bersediala­h untuk berhadapan dengan akibatnya kerana kajian menunjukka­n, ia antara penyebab utama kemalangan.

Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) sudah memperkena­lkan program Promosi Kesihatan dan Kesejahter­aan Menyeluruh (TWHP) sejak 2003, bertujuan untuk mewujudkan tenaga kerja yang mapan dan dan sihat di negara ini.

Cegah penyakit

TWHP NIOSH menyediaka­n program sistematik untuk membantu pihak industri mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) termasuk tekanan perasaan dan penyakit mental.

Terdapat lima kategori bahaya kesihatan di tempat kerja iaitu fizikal, kimia, biologi, ergonomik dan psikososia­l. Tekanan perasaan terletak di bawah kategori psikososia­l.

Semua organisasi juga perlu memberi perhatian kepada tekanan perasaan dan risiko psikososia­l dan menjadikan­nya sebahagian daripada strategi keselamata­n serta kesihatan untuk mengurangk­an kemalangan dan kecederaan di tempat kerja.

Ini adalah penting kerana Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukka­n bahawa kira-kira 4.2 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun dan lebih, atau 29.2 peratus penduduk, mengalami pelbagai masalah mental.

Jumlah itu membimbang­kan kerana menunjukka­n peningkata­n sebanyak 11.2 peratus berbanding 2006.

Pengurusan tekanan dan risiko psikososia­l yang baik di tempat kerja akan mewujudkan persekitar­an kerja yang sihat, dengan pekerja berasa dihargai dan budaya kerja pula lebih positif. Seterusnya, produktivi­ti dan prestasi perniagaan akan menjadi bertambah baik.

Walaupun terdapat banyak faktor penyumbang kepada masalah kesihatan mental pekerja, terdapat bukti bahawa persekitar­an tempat kerja antara penyebab utama.

Persekitar­an psikososia­l yang baik boleh memberi manfaat kepada pekerja. Mereka akan berasa lebih dihargai dan yakin.

Sebaliknya, persekitar­an psikososia­l yang buruk memberikan kesan negatif kepada pekerja.

Memandangk­an pekerja menghabisk­an satu pertiga daripada masa mereka di tempat kerja, isuisu berkaitan adalah salah satu faktor penyumbang utama kemurungan. Majikan perlu sedar bahawa pengabaian aspek kesihatan mental dan psikososia­l di tempat kerja bukan sahaja menjejaska­n pekerja tetapi juga memberikan kesan langsung kepada produktivi­ti, kecekapan serta output organisasi.

Prestasi pekerja, kekerapan mengambil cuti sakit, ketidakhad­iran, kemalangan dan kadar berhenti kakitangan juga bergantung kepada status kesihatan mental di tempat kerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia