Berita Harian

Pemimpin EU tolak hajat Trump

28 blok Eropah beri amaran situasi bakal cetus ‘era kegelapan’

-

Pemimpin Kesatuan Ero h (EU), kelmarin menolak tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel, sebaliknya menuntut status bandar itu diselesaik­an menerusi rundingan.

Awal bulan ini, pentadbira­n Trump mengundang kritikan selepas Washington membuat kejutan besar mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel secara rasmi tanpa mengambil kira tuntutan Palestin terhadap bandar itu.

“Pemimpin EU mengulangi ko mitmen tegas kepada penyelesai­an dua negara dan pandangan EU me nge residen EU, Donald Tusk selepas pemimpin blok 28 negara itu mengadakan perbincang­an dalam persidanga­n di Brussels.

EU sebelum ini menyuaraka­n kebimbanga­n terhadap keputusan AS dan minggu lalu, ketua dasar luar pertubuhan berkenaan, Federica Mogherini memberi amaran bahawa tindakan terbabit akan hanya membawa situasi ini ‘meniti era kegelapan yang lebih teruk’.

Kenyataan ketua negara dan kerajaan blok negara Eropah itu kelmarin meningkatk­an kritikan ter hadap tindakan Trump yang mengubah dasar AS sejak tujuh dekad serta mencetuska­n tunjuk perasaan di seluruh dunia Islam.

Isu sempadan

EU sudah lama mempertaha­nkan pen hawa satusatuny­a per

Israel adalah Baitulmaqd­is sebagai ibu negara keduadua pihak. Badan berkenaan mahu sempadan dikembalik­an sebelum Perang Arab Israel pada 1967.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menerima penolakan tegas daripada Mogherini di Brussels pada Isnin lalu, selepas beliau mencadangk­an Eropah patut mengikuti langkah AS terhadap Baitulmaqd­is.

Mogherini dengan jelas memberitah­u beliau supaya menyimpan jangkaan sendiri untuk pihak lain.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Anggota tentera Israel bertindak menyekat bantahan dilakukan warga Palestin di Kota Lama Baitulmaqd­is, semalam.
[ FOTO AFP ] Anggota tentera Israel bertindak menyekat bantahan dilakukan warga Palestin di Kota Lama Baitulmaqd­is, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia