Berita Harian

Rohingya rela mati di kem

Curiga dengan muslihat Yangon jika kembali ke Rakhine

-

Penyakit, kelaparan dan kesengsara­an yang me nekan penduduk Ro ya di kem pelarian di Bangladesh menghidang­kan kehidupan yang perit, namun tidak ramai mengambil keputusan mahu pulang ke kampung halaman mereka di Myanmar.

Perjanjian dimeterai Myanmar bersama Bangladesh pada November lalu menetapkan penghantar­an pulang pelarian dalam tempoh dua bulan, namun menerbitka­n rasa curiga yang amat mendalam di kala ngan Rohingya yang mengalami trauma akibat pembersiha­n etnik tentera kerajaan berkenaan.

“Mereka membuat tawaran tetapi tidak akan mematuhiny­a,“kata salah seorang pelarian, Mohammad Syed, 33.

“Sejurus kembali, kami akan diseksa dan dibunuh,” katanya nyata dalam ketakutan.

Menghidu muslihat

Khamis lalu, Doktor Tanpa Sempadan (MSF) berkata, sekurangku­rangnya 6,700 penduduk Rohingya dibunuh menjelang bulan pertama serangan tentera Myanmar ke atas pemberonta­k di negeri Rakhine yang bermula Ogos lalu.

Hampir 650,000 minoriti Mus lim dilaporkan lari ke sempadan di daerah Cox‘s Bazar terletak di tenggara Bangladesh sejak kempen pembersiha­n etnik meletus.

Kumpulan hak asasi tidak mampu memberi jaminan ia kepulangan selamat manakala kalangan pelarian sudah menghidu muslihat tersembuny­i di sebalik janji Myanmar.

“Ia satu perangkap. Mereka pernah memberi jaminan keselamata­n dulu namun menjadikan hidup kami seperti neraka,“kata pelarian wanita dikenali sebagai Dolu.

“Saya rela tinggal di kem ini yang membekalka­n makanan dan tempat perlindung­an. Malah, kami bebas beribadat dan hidup tenang.”

Sementara, lebih 100,000 Ro

ya yang dipindahka­n se keganasan meletus 2012 ma terperangk­ap di kem me yeksakan di tengah Rakhine.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia