Berita Harian

Juruteknik salur dana bantu Daesh guna bitcoin

-

New York: Seorang juruteknik di hospital pinggir bandar dekat sini didakwa menggunaka­n mata wang digital kripto, termasuk bitcoin untuk menaja kumpulan militan Daesh dan ditangkap atas dakwaan pengubahan wang haram kerana menyokong organisasi pengganas asing dan penipuan bank.

Pendakwa raya persekutua­n Suffolk County, kelmarin dalam kertas pertuduhan mendakwa Zoobia Shahnaz, 27, menggunaka­n kad kreditnya dan penipuan pinjaman berjumlah AS$85,000 (RM346,757) sebagai usaha memindahka­nnya kepada kumpulan Daesh sebelum pergi ke Syria untuk menyertai kumpulan itu.

Katanya, selepas melancong ke Jordan untuk bekerja dengan Persatuan Perubatan Amerika Syria, Shahnaz kembali semula ke AS dan memohon enam kad kredit yang digunakann­ya untuk membeli bitcoin dan beberapa lagi mata wang kripto lain.

Shahnaz yang tinggal di Brentwood, Long Island diperintah­kan ditahan sejurus hadir untuk berjumpa dengan hakim persekutua­n pada lewat petang kelmarin.

Sementara itu, peguam Shahnaz, Steve Zissou enggan mengulas lanjut mengenai kes itu.

Pendakwa berkata, dia meminjam kirakira AS$85,000 dengan kad kredit sebelum mengeluark­an lagi sebanyak AS$22,000 (RM89,749) daripada akaun bank dengan menggunaka­n namanya sebelum menghantar wang itu kepada penerima di Pakistan, China dan Turki.

Setengah daripada wang itu hadir dalam bentuk bitcoin yang bernilai AS$63,000 (RM257,008) dan kripto yang dibelinya melalui kad kredit.

Hajat masuk ke Syria

Pendakwa raya berkata Shahnaz mendapat pasport Pakistan pada Julai lalu dan menempah tiket penerbanga­n ke Pakistan melalui Istanbul dengan hajat mahu masuk ke Syria.

Dia ditahan di lapangan terbang John F Kennedy ketika membawa wang tunai AS$9,500 (RM41,000) iaitu jumlah had AS$10,000 (RM43,000) yang dibenarkan kepada seseorang yang mahu keluar dari negara tanpa mengisytih­arkan dana.

Peralatan elektronik milik wanita itu yang diperiksa pegawai keselamata­n menunjukka­n beberapa bahan yang ada kaitan dengan militan Daesh.

Difahamkan, Shahnaz berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun atas pengubahan wang secara haram dan 30 tahun untuk tuduhan menipu bank. Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia