Berita Harian

Arsenal tiada ruang cicir mata lagi

-

London: Arsene Wenger sedar Arsenal tidak boleh melakukan kesilapan sekali lagi apabila berdepan Newcastle di Stadium Emirates dengan misi menamatkan kemarau kemenangan tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Skuad Wenger terikat tanpa jaringan dengan West Ham kelmarin dan berada di tangga ketujuh menjelang pertemuan dengan pasukan Rafael Benitez malam ini.

Hanya satu mata memisahkan Gunners dengan Tottenham Hotspur di tangga keempat, namun berdepan saingan sengit merebut tiket ke Liga Juara-juara, dan Arsenal jelas tidak boleh kehilangan mata ketika menentang pasukan bawahan.

Mereka turut seri dengan Southampto­n sebelum ini dalam perlawanan yang kedua-duanya sepatutnya dimenangi Wenger dan ia mencetus tanggapan Arsenal masih belum bangkit selepas diaibkan Manchester United di laman sendiri.

Rombak pasukan

Wenger merombak pasukannya bagi kunjungan ke West Ham dengan Jack Wilshere dan Olivier Giroud kali pertama diturunkan dalam kesebelasa­n utama.

Wilshere mengakui berpuas hati dengan prestasiny­a tetapi masih belum memulakan perbincang­an dengan kelab itu berhubung lanjutan kontraknya yang tamat akhir musim ini.

“Belum ada ruang untuk perbincang­an,” kata pemain tengah England itu. “Pada masa ini, saya bermain dalam perlawanan pertama Liga Perdana.

“Saya memberi tumpuan untuk kekal cergas dan terus bersama pasukan dan apabila tiba masanya, saya pasti bos akan memanggil saya supaya dapat berbincang.

“Perlawanan berlangsun­g begitu pantas dan padat dan ia sesuatu yang bagus kerana kami kehilangan mata malam ini (Rabu) tapi kami berpeluang meraih tiga mata pada Sabtu.”

 ??  ?? Arsene Wenger
Arsene Wenger

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia