Berita Harian

Pep hadapi pesaing sebenar

Hanya Spurs, Chelsea setanding corak permainan City

-

Keghairaha­n Pep Guardiola untuk melakar sejarah bersama Manchester City terus memuncak selepas pasukannya muncul kelab pertama dalam liga utama Inggeris itu meraih 15 kemenangan berturut-turut.

City mencatat rekod itu dengan kemenangan 4-0 di Swansea City awal pagi kelmarin, yang menyaksika­n mereka kekal di tangga teratas dengan kelebihan 11 mata ke atas pesaing terdekat, Manchester United.

Mereka akan berdepan ujian getir awal pagi esok di laman sendiri menentang Tottenham Hotspur, namun Guardiola gembira bertemu lawan yang menggunaka­n pendekatan agak sama dengan pasukannya.

Ujian menakjubka­n

“Tottenham, bersama Chelsea, adalah pasukan terbaik dalam cara bermain bola sepak,” kata Guardiola.

“Mereka tidak menjangkak­an lawan (untuk memulakan inisiatif) - mereka mahu bermain dengan cara sendiri. Ia satu lagi ujian menakjubka­n buat kami.

“Ia setiap tiga hari. Selepas Tottenham kami berdepan Leicester dalam Piala Liga, jadi tidak banyak masa untuk memulihkan diri.

“Tetapi kami bersedia untuk berdepan mereka dan cuba mengekalka­n tahap permainan yang kami pamerkan sebelum ini.”

Rekod liga

Kemenangan City di Swansea menjadikan mereka pasukan pertama dalam sejarah liga bola sepak Inggeris memenangi 15 perlawanan berturut-turut dan kini mereka berdepan beberapa lagi pencapaian untuk diatasi.

Sekiranya mampu mengalahka­n Spurs di Stadium Etihad, Guardiola akan menyamai rekod kemenangan berturut-turut terbanyak liga ketika dia bersama Barcelona sehingga muncul juara berganda La Liga dan Liga Juara-juara pada musim 2010-11.

Guardiola hanya kurang tiga kemenangan daripada rekod keseluruha­n lima liga utama Eropah yang turut dicatatnya 19 kemenangan berturut-turut bersama Bayern Munich pada musim 2013-14.

Persembaha­n cemerlang City dan kualiti bola sepak mereka yang mempesona menyebabka­n sesetengah pemerhati berasakan mereka mungkin pasukan terbaik pernah dilihat dalam kancah bola sepak England.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia