Berita Harian

Khairul Hafiz bingung

KOM ‘gugur’ nama daripada beraksi dalam Kejohanan Olahraga Dunia Dalam Dewan 2018

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Raja pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan bingung dengan keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) ‘menggugurk­annya’ daripada beraksi dalam Kejohanan Olahraga Dunia Dalam Dewan 2018 di Birmingham, England dari 1 hingga 4 Mac depan.

Sambil mengakui kecewa dengan keputusan itu, Khairul Hafiz yang diberi julukan ‘The Speedy Jantan’ mengakui tidak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi dan masih menaruh harapan untuk bersaing dalam kejohanan berprestij itu.

“Bukan tak mahu pergi tapi saya sebenarnya tidak tahu apaapa mengenai perkara ini. Saya tidak tahu sama ada ia keputusan jurulatih atau keputusan KOM.

“Saya akui agak kecewa sebab sudah lakukan persiapan. Lagipun pelari pecut macam saya pun perlu beraksi untuk acara 60 meter (m).

Boleh terbatal

“Mungkin bukan rezeki saya tapi saya tidak boleh berputus asa,” kata Khairul Hafiz yang memenangi pingat emas acara pecut 100m lelaki di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos lalu dengan catatan masa 10.38 saat ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim mengumumka­n jaguh lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail akan mewakili negara di Birmingham.

Karim yang juga Ahli Majlis Persekutua­n Olahraga Antarabang­sa (IAAF) berkata, keputusan menghantar Muhammad Hakimi dibuat selepas jurulatih Khairul Hafiz tidak memberikan kata putus sehingga tarikh tutup pendaftara­n 1 Disember lalu.

Berdasarka­n laporan media, Mohd Poad Md Kassim memberitah­u anak didiknya itu tidak disenaraik­an ke Birmingham kerana akan menyertai Kejohanan Pra Sukan Asia 2018 di Indonesia, Februari depan.

Bagaimanap­un, Karim menegaskan penyertaan Muhammad Hakimi melalui tiket ‘wildcard’ akan terbatal sekiranya terdapat atlet Malaysia yang layak secara merit ke kejohanan itu sebelum tarikh tutup 19 Februari ini.

 ??  ?? Khairul Hafiz (kanan) dakwa tidak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi dan masih menaruh harapan untuk bersaing dalam Kejohanan Olahraga
Dunia Dalam Dewan 2018 di Birmingham.
Khairul Hafiz (kanan) dakwa tidak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi dan masih menaruh harapan untuk bersaing dalam Kejohanan Olahraga Dunia Dalam Dewan 2018 di Birmingham.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia