Berita Harian

Cabaran Kian Meng-pei Jing berakhir

- Oleh Helmi Talkah

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih beregu campuran negara, Chin Eei Hui mengakui sudah mengenal pasti punca kemerosota­n prestasi Tan Kian Meng-lai Pei Jing dan akan mencari formula terbaik menyelesai­kan masalah itu.

Terdahulu, Kian Meng-pei Jing menutup tirai saingan peringkat Kumpulan B Siri Super Akhir tanpa sebarang kemenangan apabila tewas buat kali ketiga berturut-turut di tangan pasangan England, Chris Adcock-gabrielle Adcock 13-21, 16-21 dalam aksi di Kompleks Sukan Hamdan Dubai, Emiriah Arab Bersatu, semalam.

Dalam dua lagi aksi, Kian Meng-pei Jing tewas kepada beregu China, Wang Yilyu-huang Dongping dan pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad sekali gus menyaksika­n mereka menamatkan saingan Kumpulan B di tangga tercorot.

Menurut Eei Hui, secara keseluruha­nnya beliau tidak gembira dengan prestasi ditunjukka­n beregu ke-11 dunia itu, tetapi lega kerana sudah mengetahui punca sebenar yang membuatkan mereka gagal menyerlah.

“Apa yang saya boleh katakan, secara keseluruha­nnya prestasi mereka tidak baik. Mereka tidak mempercaya­i satu sama lain dengan baik, tetapi sekurang-kurangnya saya kini lebih jelas mengenai masalah yang mereka hadapi,” kata Eei Hui ketika dihubungi di Dubai.

Enggan ulas punca kalah

Ditanya apakah masalah utama yang dihadapi anak buahnya itu, Eei Hui bagaimanap­un enggan mengulas lanjut.

“Saya minta maaf kerana tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara ini. Beri saya peluang untuk berbincang dengan pemain dulu sebelum saya beri kenyataan kepada media mengenai perkara ini, saya perlu bincang dengan mereka dulu,” katanya.

Sementara itu, Kian Meng yang mengulas mengenai penampilan pertamanya dalam kejohanan berprestij itu berkata, kecuali perlawanan pertama menentang Wang YilyuHuang Dongping, dia merasakan mereka bermain baik pada perlawanan kedua dan ketiga.

“Apa yang kami berlatih dapat diterjemah­kan dalam gelanggang ketika perlawanan kedua dan ketiga. Walaupun kalah tetapi boleh dikatakan kami bermain dengan baik juga,” kata Kian Meng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia