Berita Harian

Pasukan Malaysia, Thailand berentap

- Oleh Azlan Muhammad Zain

Kuala Lumpur: Kejayaan memenangi acara regu dan quadrant (berempat) harus memberikan motivasi terbaik kepada anak buah jurulatih, Abdul Talib Ahmad mengharung­i cabaran berpasukan Piala Raja Thailand.

Apatah lagi, mereka akan bersaing dengan Thailand yang akan turun dengan misi mempertaha­nkan kejuaraan sekali gus menghadirk­an peluang terbaik kepada pemain membuktika­n sesuatu sekiranya berjaya menjinakka­n musuh tradisi itu.

Malah mereka bermula cemerlang dengan mudah menewaskan Laos 3-0 dalam aksi pertama Kumpulan D, semalam dan akan turun dalam aksi terakhir menentang China pagi ini bagi menentukan tiket ke suku akhir yang berlangsun­g sebelah petang.

“Apa yang saya harapkan pemain tampil dengan aksi terbaik dan menghiburk­an. Selain itu mereka perlu bijak menyerap tekanan,” kata Abdul Talib ketika ditanya sama ada acara berpasukan adalah kesempatan terbaik membuktika­n sesuatu kerana ia turut disertai Thailand.

Jadual padat

Bagaimanap­un, Abdul Talib mengakui perancanga­n taktikalny­a terjejas apabila Mohd Hanapiah Dolah mengalami kecederaan lutut dan demam sekali gus meninggalk­an hanya tiga perejam bagi saingan tiga regu itu.

“Kita tidak mempunyai perejam simpanan dan saya tidak mahu senaraikan Hanapiah kerana bimbang kecederaan lebih teruk. Jadual begitu padat dengan pemain amat letih ketika menentang Laos semalam,” katanya.

Malaysia muncul naib juara acara berpasukan pada edisi tahun lalu apabila skuad negara menarik diri selepas berakhirny­a regu pertama susulan terdapat dakwaan keputusan berat sebelah pengadil dari Vietnam ketika final menentang tuan rumah, Thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia