Berita Harian

Jun Hoong, Mazdlan paling lumayan

- Oleh Azizan Hashim

Ipoh: Atlet terjun negara, Cheong Jun Hoong muncul penerima terbanyak Skim Insentif Sukan negeri Perak 2017, semalam.

Insentif khas berjumlah RM25,000 dari Kerajaan negeri itu dianugerah­kan berikutan kejayaanny­a muncul juara acara 10 meter platfom individu di Kejohanan Terjun Dunia FINA 2017 di Budapest, Hungary, Julai lalu.

Selain itu Jun Hoong menerima RM3,000 bagi pingat emas acara 1 meter papan anjal Sukan SEA KL 2017, Ogos lalu.

Jun Hoong adalah antara 60 atlet termasuk 16 dari sukan Para ASEAN yang menerima insentif pada Majlis penyampaia­n Skim Insentif Kemenangan Atlet Perak, Satu Pokok Sukan SEA dan Para ASEAN Kuala Lumpur, 2017 di Bulatan Amanjaya, Meru, di sini. semalam.

Mun Yee juga dapat

Leong Mun Yee pula muncul atlet kedua terbanyak apabila menerima RM6,000 selepas menyumbang dua emas iaitu 10 meter terjun serirama dan 10 meter serirama campuran di temasya berkenaan.

Sementara itu, Madzlan Saibon muncul penerima terbanyak bagi atlet Para apabila menerima RM6,000 bagi dua pingat emas hasil kejaayaan dalam acara perseorang­an dan beregu lelaki badminton.

Seramai 57 orang atlet dari Perak mewakili negara dalam Sukan SEA lalu dan menyumbang­kan 21 pingat emas, 9 perak dan 9 gangsa.

Daripada jumlah itu, 23 atlet Para Perak mewakili negara dengan meyumbang 11 emas, 7 perak dan 9 gangsa. Insentif disampaika­n oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia