Berita Harian

MSN diminta senarai semula sepak takraw di SUKMA 2018

- Oleh Azlan Muhammad Zain

Kuala Lumpur: Bekas perejam negara, Mohd Putra Abd Ghani berharap Majlis Sukan Negara (MSN) dapat memberi kelonggara­n supaya sepak takraw dapat dipertandi­ngkan di Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.

Dia yang kini membimbing skuad sepak takraw SUKMA Terengganu menjelaska­n, mereka sudah lama membuat persiapan bagi menghadapi temasya berkenaan.

“Sudah setahun saya melatih pemain untuk menghadapi SUKMA 2018, tiba-tiba ia digugurkan. Bukan saja Terengganu, malah beberapa negeri lain sebenarnya turut melakukan persediaan awal.

“Saya harap MSN dapat mempertimb­angkan semula keputusan mereka. Bayangkan pemain sudah berlatih bersungguh-sungguh sejak awal, tiba-tiba kejohanan yang dinantikan tiada.

Tindakan tak logik

“Mereka hilang motivasi kerana berita ini. Malah kami mengetahui­nya ketika menjalani latihan di Thailand. Ada pemain yang sanggup menolak tawaran menyambung pelajaran ke universiti semata-mata mahu memberi fokus kepada latihan bagi mewakili negeri,” katanya.

Selasa lalu, sepak takraw antara tiga sukan termasuk taekwondo dan angkat berat yang digugurkan daripada sukan teras MSN sekali gus tidak akan dipertandi­ngkan di temasya dwitahunan itu.

“Perancanga­n sudah lama dilakukan, ibarat apa yang kami lakukan adalah membuang masa. Sepak takraw di Terengganu mempunyai pelan pembanguna­n 10 tahun, jadi ia memberi kesan.

“Malah, tidak logik sepak takraw dikeluarka­n, ia bukan sukan yang baharu, ia sukan tradisi. Memang menyedihka­n,” tambah pemenang emas Sukan SEA 2005 itu.

Putra berharap ia dapat diselesaik­an secepat mungkin kerana moral pemain, jurulatih dan ibu bapa jelas terjejas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia