Berita Harian

MSN pertahan keputusan

Shapawi mahu pengurusan persatuan serlahkan peningkata­n semua peringkat

- Oleh Jumiati Rosly

Majlis Sukan Negara (MSN) semalam mempertaha­nkan keputusan menggugurk­an sukan angkat berat, sepak takraw dan taekwondo daripada program sukan teras.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata keputusan itu dibuat berdasarka­n pelbagai faktor dan bukan dinilai menerusi prestasi pasukan senior sahaja.

“Sepanjang tempoh hampir 10 tahun, pelbagai sokongan dan bantuan telah diberikan kepada sukan tersebut termasukla­h pengiktira­fan dan kelebihan sebagai sukan yang wajib dipertandi­ngkan di Sukan Malaysia.

“Namun begitu, prestasi mereka baik di peringkat senior mahupun peringkat pembanguna­n masih tidak meyakinkan berbanding dengan beberapa sukan teras yang lain yang menunjukka­n peningkata­n bukan sahaja di peringkat senior mahu pun di peringkat pembanguna­n,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, penggugura­n terbabit bukanlah titik noktah kepada sukan itu sebaliknya perlu dijadikan pengajaran bagi melakukan perubahan menyeluruh bagi membuktika­n mereka layak dipertimba­ngkan sebagai sukan teras semula dalam kajian semula yang akan diadakan pada dua tahun lagi.

“Secara hakiki dan asasnya, tanggungja­wab membangun dan memajukan sukan adalah tanggungja­wab badan sukan tersebut dan tiada siapa baik pihak kerajaan sekalipun yang boleh menghalang mereka,” katanya.

Shapawi juga mahu mereka mencontohi sukan ragbi yang bukan tersenarai dalam sukan teras, tetapi berjaya mempamer prestasi baik menerusi usaha mereka sendiri, namun dalam masa yang sama masih dibantu kerajaan menerusi program Program Pembanguna­n Ragbi Negara (NRDP).

Sedang bercuti

“Tidak salah berhenti sekejap melihat dan menilai kedudukan kita ketika ini serta menoleh sedikit ke belakang dan perkukuhka­n apa yang perlu sebelum kita meneruskan perjalanan dengan strategi yang lebih meyakinkan,” katanya.

Merujuk kepada beberapa pandangan perbanding­an tiga sukan yang digugurkan itu dengan bola sepak, Shapawi menjelaska­n bola sepak secara umumnya tidak mendapat bantuan dan sokongan sepenuhnya daripada MSN biarpun bola sepak tersenarai dalam sukan teras kerana sukan itu mampu berdiri sendiri.

Menurutnya bola sepak masih disenarai dalam sukan teras kerana ia adalah sukan yang paling popular di dunia dan sukan nombor satu dalam negara selain mampu memberikan impak perpaduan nasional.

“Walaupun pencapaian peringkat senior mereka merosot tetapi mereka menampakka­n pencapaian menggalakk­an di peringkat pelapis dan remaja khususnya dengan prestasi Pasukan Bawah 23 Tahun dan Pasukan Bawah 19 tahun kita ketika ini berbanding pencapaian mereka sepuluh tahun yang lalu dan itu adalah satu perkembang­an yang kita tagihkan,” katanya.

Mengenai perjumpaan bersama tiga persatuan sukan terbabit untuk menjelaska­n keputusan Lembaga Pengurus MSN pada Selasa lalu, Shapawi berkata temu janji sedang diatur bagi berjumpa dengan sebanyak mungkin Ahli Majlis persatuan berkenaan namun kebanyakan daripada mereka sudah mula bercuti.

 ??  ?? Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pengarah MSN Kerataan BH semalam.
Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pengarah MSN Kerataan BH semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia