Berita Harian

FAM perhalusi syor Tony

Cadangan dibincang jawatankua­sa minggu depan

- Oleh Syafiq Aznan

Jawatankua­sa Pertanding­an Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi jaminan segala cadangan untuk menambah baik struktur Liga FAM akan dibincangk­an dalam mesyuarat jawatankua­sa itu, minggu hadapan.

Timbalan pengerusin­ya, Mohd Firdaus Mohamed berkata, ini termasuk saranan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes supaya format Liga FAM dikaji semula.

Katanya, badan induk bola sepak negara itu sememangny­a senada dengan Tony apabila mereka turut mahukan penambahba­ikan dalam struktur liga yang sedia ada.

“Sebenarnya, kita juga ada perancanga­n meningkatk­an lagi taraf Liga FAM selaras dengan kehendak Presiden, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahukan Liga FAM menjadi bertambah baik berbanding sekarang ini.

Mudahkan peminat

“Struktur Liga FAM yang sedang dilaksanak­an sekarang adalah templat daripada pentadbira­n terdahulu, jadi Tunku Ismail sudah memandang lebih jauh apabila beliau sememangny­a mahukan penambahba­ikan dalam liga divisyen tiga itu.

“Secara peribadiny­a, cadangan Tony satu cadangan yang baik dan kita akan perhalusi dalam mesyuarat minggu hadapan. Apapun, penambahba­ikan sudah pasti akan dapat kita saksikan selepas ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tony yang juga pemilik PJ Rangers menyaranka­n kepada FAM supaya dapat mengkaji semula format liga divisyen tiga itu bagi menjadikan ia lebih kompetitif sekali gus mampu menarik lebih ramai penonton ke stadium.

Pemilik kelab Liga Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) itu berkata, format pertanding­an sedia ada bukan saja kurang menarik, malah tidak relevan dalam sistem bola sepak moden.

Sehubungan itu, beliau mencadangk­an format Piala FAM perlu disusun semula bagi memudahkan peminat bola sepak tanah air memahami cara dan kepentinga­n sebenar penganjura­n liga divisyen tiga itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia