Berita Harian

3 wakil negara mara separuh akhir

- Oleh Mohd Fitrie Muhamad

Kuala Lumpur: Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Malaysia Cougars bawah 12 (B-12) tahun mengetuai dua lagi wakil negara yang layak ke separuh akhir Piala Supermokh selepas muncul juara Kumpulan B dengan membelasah wakil Qatar, Aspire Academy 8-0, semalam.

Dua lagi wakil negara yang turut mara dalam kelompok empat terakhir itu ialah AMD Malaysia Cougars B-13 dan B-14 apabila masing-masing menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat kedua.

Dalam saingan separuh akhir B-12 hari ini, lawan AMD Malaysia Cougars adalah wakil Jepun, Kashima Antlers manakala wakil Perancis, Paris Saint Germain (PSG) bakal menjadi pencabar buat AMD Malaysia Cougars B-13 dan B14.

Paling mencuri tumpuan sudah tentu kemampuan AMD Malaysia Cougars B-13 apabila meledak 23 gol dalam tiga aksi kumpulan, namun mereka tewas 1-3 kepada wakil Belanda, AZ Alkmaar dalam aksi terakhir semalam.

Puas hati

Malah, tumpuan turut terarah kepada skuad B-14 yang membawa misi untuk mempertaha­nkan kejuaraan.

Pengendali AMD Malaysia Cougars B-14, Ahmad Nurfaizal Abdullah berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi anak buahnya selepas menewaskan Gyeongnam FC 6-0.

“Daripada segi persembaha­n, saya berpuas hati kerana pemain menunjukka­n kemahuan mereka untuk menang.

“Selain itu, kita juga cuba kurangkan tekanan ke atas pemain sebagai persediaan menghadapi aksi separuh akhir.

“Walaupun PSG nama besar tetapi saya yakin pemain tidak takut, sebaliknya mereka lebih bersemanga­t untuk mengejutka­n lawan itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia