Berita Harian

Lima pemain B-19 sertai latihan di Korea Selatan

-

Kuala lumpur: Lima pemain skuad Bawah 19 tahun (B-19) dipilih menyertai skuad Bawah 23 tahun (B-23) untuk mengharung­i latihan pusat selama dua minggu di Mokpo, Korea Selatan bermula esok hingga 30 Disember ini.

Lima pemain muda itu yang berjaya mengetepik­an pemain lebih senior adalah pertahanan Shivan Pillay Asokan; penyerang Hadi Fayyadh dan Akhyar Rashid serta pemain tengah, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan K Thivandara­n.

Situasi itu menyaksika­n tiga pemain yang turut menjalani latihan pusat tempatan selama tiga minggu di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terlepas ‘tiket penerbanga­n’ ke negara itu selepas digugurkan pengendali skuad B-23, Datuk Ong Kim Swee.

Tiga pemain itu adalah penjaga gol Amierul Hakimi Awang dan penyerang Sean Eugene Selvaraj serta pemain tengah Danial Ashraf Abdullah yang mengalami kecederaan.

Huni kumpulan C

“Selepas mengambil kira semua faktor, satu keputusan yang amat sukar untuk saya lakukan. Namun saya terpaksa membuat keputusan untuk menggugurk­an Amierul Hakimi dan Sean Eugene bagi melengkapk­an senarai 26 pemain ke Korea Selatan,” kata Kim Swee dalam satu kenyataan, semalam.

Sebelum ini, bekas pengendali skuad kebangsaan itu menggugurk­an penyerang Syafiq Ahmad daripada senarai 30 pemain yang dipanggil atas faktor kesuntukan masa memandangk­an pemain itu hanya dapat melapor diri lewat kerana melangsung­kan perkahwina­n.

Skuad B-23 kebangsaan dijadual tiba di Changshu pada 6 Januari untuk menghadapi dua perlawanan awal Kumpulan C bertemu Iraq pada 10 Januari dan Jordan pada 13 Januari sebelum aksi terakhir berdepan Arab Saudi di Kunshan pada 16 Januari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia