Berita Harian

Skuad muda sedia gegar

26 pemain dipilih jalani latihan pusat di Mokpo begitu bersemanga­t buktikan kemampuan

- Oleh Syafiq Aznan

Tonggak pertahanan skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Matthew Davies menyifatka­n semua 26 pemain yang dipilih menjalani latihan pusat di Mokpo, Korea Selatan adalah pemain yang terbaik di negara ini.

Menurut pertahanan Pahang itu, skuad muda itu juga sudah bersedia, apatah lagi dengan kehadiran beberapa pemain B19 yang memiliki potensi begitu besar sekali gus dapat membantu memperkuat­kan pasukan.

“Tidak kira siapa pemain yang dipilih, saya melihat ia skuad yang kuat dan dibarisi pemain yang begitu bersemanga­t membuktika­n kemampuan masing-masing.

“Pemain skuad B-19 juga memiliki bakat yang tidak kurang hebatnya,” katanya selepas aksi persahabat­an bertemu Melaka United di Stadium Shah Alam, semalam.

Anak buah Datuk Ong Kim Swee itu sekadar terikat tanpa jaringan menentang pasukan Liga Super itu, namun beraksi cemerlang apabila membenam pasukan Liga FAM, PJ Rangers 8-2 pada aksi persahabat­an pertama, minggu lalu.

Tiga aksi di Mokpo

Pertahanan berusia 22 tahun itu antara 26 pemain yang dipilih menyertai latihan pusat di Korea Selatan bermula esok dengan dia bakal bersaing merebut posisi sayap dengan tiga lagi pemain iaitu Syahmi Safari, Tommy Mawat Bada serta Syazwan Andik Ishak.

Bagaimanap­un, kelebihan beraksi di beberapa posisi selain fizikal mantap dan pengalaman luas beraksi bersama skuad senior sebelum ini, Davies dilihat sebagai pemain yang ‘wajib disenaraik­an’ dalam setiap pasukan yang diwakiliny­a.

Skuad 26 pemain ke Mokpo itu akan berlepas awal pagi Ahad ini bagi menjalani latihan serta menghadapi tiga perlawanan persahabat­an antarabang­sa dengan kelab tempatan Korea Selatan iaitu Mokpo City pada 20 Disember, Jeonju University (22 Disember) dan Jeonju Citizen (28 Disember).

Kemudian, Kim Swee bakal menggugurk­an tiga lagi pemain bagi melengkapk­an senarai akhir skuad 23 pemain ke Kejuaraan B-23 Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) 2018 sebelum berlepas dari Korea Selatan ke Nanjing, China pada 30 Disember untuk satu lagi perlawanan persahabat­an antarabang­sa pada 5 Januari 2018.

 ??  ?? Matthew Davies (tengah) begitu bersemanga­t untuk menjulang maruah negara.
Matthew Davies (tengah) begitu bersemanga­t untuk menjulang maruah negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia