Berita Harian

Tiada slot automatik: Kim Swee

- Oleh Devinder Singh

Kuala Lumpur: Selepas menyingkir­kan tiga pemain ke latihan pusat di Korea Selatan, pengendali skuad bawah 23 (B23) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee memberi amaran tiada pemain yang dijanjikan slot automatik ke Kejuaraan B23 Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) 2018, bulan hadapan.

Justeru, Kim Swee mahukan semua 26 pemain yang dipilih sentiasa bersedia pada sesi latihan selama dua minggu di Mokpo yang akan menyaksika­n mereka mengharung­i tiga aksi persahabat­an.

Selepas itu, Kim Swee akan memilih senarai akhir 23 pemain yang akan dibawa ke Jiangsu, China yang menyaksika­n mereka akan berdepan Iraq, Jordan serta Arab Saudi dalam aksi Kumpulan C Kejuaraan B-23 AFC 2018 itu.

“Pemain perlu menunjukka­n mereka sudah mencapai piawaian yang diperlukan untuk beraksi di peringkat AFC,” kata Kim Swee.

Banyak lagi kelemahan

“Mereka perlu bersedia berdepan aksi peringkat antarabang­sa walaupun kita tidak mengharung­i sebarang perlawanan antarabang­sa di Korea Selatan nanti. Namun, aksi yang bakal kita harungi sama bagus seperti aksi antarabang­sa.”

“Saya memiliki pemain tengah dan penyerang yang agak ramai, jadi kemungkina­n saya akan menggugurk­an seorang pertahanan, seorang pemain tengah dan seorang penyerang selepas ini.

“Masih banyak lagi kelemahan yang perlu kami perbaiki. Perlawanan persahabat­an akan membantu saya memperbaik­inya.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia