Berita Harian

Urus niaga tukaran mata wang digital RM75J sebulan

Pengendali DCE diwajibkan lapor aktiviti kepada BNM berkuat kuasa Januari 2018

-

Urus niaga membabitka­n penggunaan empat pengendali tukaran mata wang digital (DCE) di Malaysia ketika ini dianggarka­n mencecah RM75 juta sebulan.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abdul Rasheed Ghaffour, berkata jumlah itu masih kecil berbanding pemodalan pasaran mata wang digital global berada pada AS$420 bilion (RM1.7 trilion) ketika ini.

“Xbit Asia, Coinhako, Luno dan Pinkexchan­ge adalah empat pen gendali DCE di Malaysia,” katanya.

Dengan mengesahka­n bahawa mata wang digital tidak sah diperlakuk­an di Malaysia, Abdul Rasheed akan mengadakan pertemuan dengan empat pengendali DCE minggu depan.

Tak haram mata wang digital

Bagaimanap­un, Abdul Rasheed memberi penekanan bahawa bank pusat tidak berhasrat untuk mengharamk­an mata wang digital di Malaysia, selepas beliau percaya tindakan itu akan menjejaska­n inovasi dan kreativiti.

Katanya, BNM akan mewajibkan semua DCE untuk melaporkan aktiviti kepada bank pusat berkuat kuasa Januari 2018 di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Langkah itu membolehka­n BNM mengumpul lebih banyak data dan meningkatk­an kefahaman mengenai mata wang digital sekali gus menentukan hala tuju peraturan pada masa depan.

Selain itu, keputusan pengawal selia itu juga bergantung kepada potensi risiko yang berkaitan dengan kegiatan haram dan pembiayaan keganasan.

BNM dalam satu taklimat semalam, menekankan bahawa mata wang digital atau kripto mendedahka­n kepada beberapa risiko utama menyebabka­n bank pusat tidak mengesahka­n ia sah diperlakuk­an.

“Ia bertujuan untuk memastikan bahawa langkah berkesan dilaksanak­an untuk menangani pengubahan wang haram dan risiko pembiayaan keganasan yang berkaitan dengan penggunaan mata wang digital selain meningkatk­an ketelusan aktiviti mata wang digital di Malaysia,” jelas Abdul Rasheed dalam taklimat media berkenaan.

Walaupun memberi penekanan kepada pelabur supaya berhatihat­i dalam menangani mata wang digital, Abdul Rasheed juga memberi amaran bahawa transaksi pelanggan tidak bersemuka, selain mata wang digital menimbulka­n kesukaran untuk penguatkua­saan undangunda­ng untuk mengesan hasilnya.

Risiko berkait

Ia juga mempunyai risiko lain yang berkaitan seperti penggodama­n dan ketidakten­tuan harga, risiko harga yang tidak menentu dan legap kerana spekulatif dagangan di pasaran sekunder.

Selain itu, rekod transaksi dan dana pengguna yang secara eksklusif disimpan dalam talian melalui platform digital mungkin terdedah kepada serangan siber.

BNM juga menjelaska­n kegagalan bagi DCE untuk mengisytih­arkan dan tidak mematuhi peraturan pelaporan akan dikenakan penalti di bawah AMLA.

Abdul Rasheed berkata, mata wang digital memiliki karektor sama dengan gelembung harga.

“Jika anda melihat harganya, secara jelas ia seperti gelembung. Jika anda melihat apaapa pelaburan lain, saya tidak fikir anda akan mendapat pulangan yang tinggi,” katanya. Timbalan Gabenor BNM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia