Berita Harian

Airasia pertimbang jual AACL kepada China Everbright

-

Airasia Bhd, syarikat penerbanga­n tambang murah terbesar di Asia sedang mempertimb­angkan untuk menjual unit pajakan pesawatnya, Asia Aviation Capital Ltd (AACL) kepada syarikat China Everbright Group, demikian menurut sumber.

Seorang daripada sumber itu berkata, China Everbright kini mendapatka­n kelulusan daripada pihak berkuasa China untuk mendapatka­n kelulusan pemindahan dana pengambila­lihan di luar negara.

Airasia yang berpangkal­an di Malaysia kini berusaha mendapatka­n penilaian lebih AS$1 bilion untuk AACL, kata sumber berkenaan.

Bagaimanap­un, sumber itu berkata, sehingga ini tidak ada sebarang kepastian sama ada China Everbright akan menerima semua syarat yang diperlukan itu dan sekurangku­rangnya setakat ini ada satu lagi syarikat lain yang berminat untuk mendapatka­n unit perniagaan pajakan Airasia itu.

Katanya, Pengurusan Aset Pengangkut­an Korea juga sebelum ini pernah berminat terhadap Asia Aviation Capital, tetapi kini terkeluar daripada senarai.

Mantapkan kewangan

Kerjasama dengan China Everbright akan membantu memperkuku­hkan lagi hubungan antara dua syarikat berkenaan, yang sedia saling membantu untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbanga­n kos murah di China.

Penjualan itu juga dijangka akan membantu memantapka­n lagi kewangan Airasia, yang kini sudah menempah beratus pesawat dari Airbus SE dengan keseluruha­n jumlah hutang sebanyak RM9.63 bilion (AS$2.4 bilion), pada akhir September.

Menurut sumber lagi, setakat ini tiada sebarang keputusan akhir yang dibentuk dan peluang pembelian masih terbuka.

Sementara itu, jurucakap AirAsia dan China Everbright enggan memberikan sebarang ulasan mengenai perkara itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia