Berita Harian

Kerjasama sedia khidmat perusahaan gred mobiliti

Usaha sama jadikan Maxis sebahagian program Duta Perniagaan Samsung

- Oleh Azzman Abdul Jamal

Maxis Bhd (Maxis) dan Samsung menjalin kerjasama strategik untuk menyediaka­n perkhidmat­an perusahaan gred mobiliti kepada perniagaan di negara.

Kerjasama itu bakal menjadikan Maxis sebagai syarikat telekomuni­kasi mudah alih pertama di seluruh Asia untuk menjadi sebahagian daripada program Duta Perniagaan Samsung (SBA).

Ketua Perusahaan Maxis, Loong Tuck Weng, berkata menerusi kerjasama dengan Samsung B2B itu turut bermakna Maxis juga dilantik sebagai syarikat telekomuni­kasi Malaysia pertama yang menawarkan penyelesai­an Samsung Knox secara langsung.

Samsung Knox ialah satu set perisian untuk mengurus, melindungi dan menyesuaik­an peranti mudah alih untuk keperluan perniagaan dan aplikasi industri yang berbeza.

“Kerjasama ini mengukuhka­n kedudukan Maxis sebagai penyedia penyelesai­an bersepadu terpilih untuk perniagaan di Malaysia.

Tingkat produktivi­ti

“Dengan Knox, kami dapat menawarkan pelanggan kami cara yang lebih baik untuk menguruska­n keselamata­n dan meningkatk­an produktivi­ti,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, Naib Presiden Kumpulan Jualan B2B, Perniagaan Komunikasi Mudah Alih, Samsung Electronic­s, David Kim, berkata menerusi kerjasama itu, pihaknya yakin bahawa Samsung Knox Solutions bakal menjadi alat perniagaan utama dalam kalangan perniagaan di Malaysia.

“Syarikat global termasuk firma telekomuni­kasi terkemuka Malaysia hari ini menempatka­n Samsung dalam strategi mudah alih mereka.

“Peranti Samsung dan juga penyelesai­an kini menjadi alat utama terhadap tenaga kerja moden.

“Peranti Samsung dan penyelesai­an kini menjadi alat penting untuk tenaga kerja yang moden, mengubah cara komunikasi dan menjalanka­n perniagaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia