Berita Harian

FBM KLCI susut 5.93 mata

Aktiviti pengambila­n untung saham mewah heret turun pasaran

-

tasi saham untung, pada 475 berbanding 414 dengan 386 kaunter tidak berubah, 583 kaunter tidak diniagakan dan 48 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkuranga­n kepada 2.34 bilion saham bernilai RM3.51 bilion daripada 2.42 bilion saham bernilai RM3.26 bilion yang dicatatkan pada Khamis.

Kegiatan pengambila­n untung dalam Hong Leong Group, Genting Bhd dan British American Tobacco (BAT) mengheret FBM KLCI turun dengan sumbangan terkumpul sebanyak 6.28 mata, namun saham wajaran tinggi Maybank dad IHH Healthcare (IHH) menyokong pasaran.

Hong Leong Financial susut 90 sen kepada RM17, Hong Leong Bank merosot 42 sen kepada RM16.66, Genting Bhd turun 26 sen kepada RM8.99 dan BAT kurang RM2.08 kepada RM38.12.

Maybank naik lima sen kepada RM9.54, IHH menambah 10 sen kepada RM5.81, manakala MISC dan RHB Bank menokok 12 sen setiap satu, masing-masing kepada RM7.24 dan RM5.12.

Antara saham aktif, PUC menambah dua sen kepada 28.5 sen, Tiger dan Borneo kekal, masing-masing pada 4.5 sen dan sembilan sen, UMW Oil and Gas merosot setengah sen kepada 29 sen, manakala Sapura Energy susut dua sen kepada 78.5 sen.

Seorang peniaga tempatan berkata pasaran mengambil petunjuk daripada Dow Jones Industrial Average (DJIA) AS yang mengalami pembetulan selepas mencatatka­n kenaikan selama empat hari.

“Pedagang tidak memasuki pasaran dengan kegiatan pengambila­n untung sederhana dalam saham wajaran tinggi. Jumlah dagangan yang berkuranga­n mungkin memberi petunjuk kegiatan memperbaik­i akaun pada Disember hampir berakhir setelah kebanyakan pengurus dana mungkin bercuti akhir tahun.

“Ia mungkin menandakan permulaan pasaran didagangka­n mendatar dan lengang sehingga akhir tahun,” katanya.

Indeks DJIA susut 76.77 mata, atau 0.31 peratus, kepada 24,508.66 semalaman.

Di pasaran, Indeks FBM Emas susut 11.61 mata kepada 12,588.84 dan Indeks FBMT 100 berkuranga­n 10.12 mata kepada 12,256.85.

Indeks FBM Emas Syariah menambah 23.00 mata kepada 12,890.73.

FBM 70 naik 97.71 mata kepada 15,460.71, manakala FBM Ace turun 48.66 mata kepada 6,428.42.

Mengikut sektor pula, Indeks Perusahaan susut 6.76 mata kepada 3,180.16, Indeks Kewangan merosot 70.29 mata kepada 16,586.51 manakala Indeks Perladanga­n menyusut 43.41 mata kepada 7,810.11.

Jumlah dagangan Pasaran utama meningkat kepada 1.69 bilion unit, bernilai RM3.38 bilion, daripada 1.52 bilion unit, bernilai RM3.11 bilion.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan merosot kepada 452.25 juta saham, bernilai RM95.52 juta, daripada 587.83 juta saham, bernilai RM109.36 juta, yang dicatatkan semalam.

Bagi waran, jumlah dagangan turun kepada 179.11 juta unit, bernilai RM27.10 juta, daripada 301.70 juta unit, bernilai RM32.85 juta, pada Khamis.

Barangan pengguna menguasai 45.96 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (232.56 juta), pembinaan (59.51 juta), dagangan dan perkhidmat­an (712.09 juta), teknologi (145.80 juta), infrastruk­tur (17.69 juta), SPAC (1.17 juta), kewangan (79.22 juta), hotel (673,100), hartanah (335.53 juta), perladanga­n (57.80 juta), perlombong­an (37,800), REIT (7.81 juta), dan tertutup/dana (4,000).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia