Berita Harian

Rakyat elak jadi tali barut

ESSCOM berkesan tingkat keselamata­n Sabah

- Oleh Juzaimie Jazlan

Rakyat Sabah, khususnya di kawasan pantai timur diingatkan tidak memperkeci­lkan keupayaan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dalam mempertaha­nkan keamanan negara.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, turut mengingatk­an orang ramai agar tidak menjadi tali barut pihak tidak bertanggun­gjawab yang cuba memusnahka­n keamanan negara, khususnya di Sabah.

Beliau berkata, sejak ditubuhkan selepas insiden penceroboh­an Lahad Datu di Kampung Tanduo pada 2013, ESSCOM melakar banyak kejayaan khususnya dalam mematahkan cubaan penculikan dari negara jiran.

“Jangan jadi seperti pembangkan­g di negara ini yang memperkeci­lkan keupayaan pasukan keselamata­n dalam memperkuku­hkan aspek keselamata­n tetapi berilah sokongan sepenuhnya terhadap kesungguha­n mereka (ESSCOM) dalam memastikan keselamata­n negeri ini terjamin.

“Keberkesan­an ESSCOM menjaga keselamata­n perairan sepanjang 1,700 kilometer dari Tawau hingga ke Kudat perlu diberi pujian dan rakyat sewajarnya memberi kerjasama berterusan kepada ESSCOM secara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Semarak Rakyat Bersama ESSCOM, di Muara Beluran, di sini, malam kelmarin.

Yang turut hadir ialah Komander Kawasan ESSCOM, Datuk Hazani Ghazali; Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan dan Penolong Pegawai Daerah Beluran, Abdul Rahman Talipuddin.

Jangan leka

Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata, rakyat tidak boleh leka dan menyerahka­n tanggung jawab menangani masalah keselamata­n kepada pasukan keselamata­n sematamata sebaliknya bersamasam­a menjaga keselamata­n demi kepentinga­n bersama.

Beliau turut yakin Kerajaan Persekutua­n sentiasa memberi keutamaan kepada Sabah, khususnya ESSCOM dalam melengkapk­an pasukan itu dengan peralatan canggih demi menjamin keamanan negeri ini.

Terdahulu, Hazani berkata, generasi muda perlu mempertaha­nkan keselamata­n negeri ini demi menjayakan Transforma­si Nasional 2050 (TN50) negara.

“Dalamtempo­h30tahun, kitaakan mencapai sasaran TN50.

Tanpa keselamata­n, ekonomi negara tidak akan meningkat dan generasi muda pada masa inilah yang wajar mengambil tanggung jawab bersama menjaga keselamata­n dan keamanan negara ini,” katanya.

 ?? [ FOTO JUZAIMIE JAZLAN / BH ] ?? Hazani menyampaik­an cenderamat­a kepada Ronald pada Program Semarak Rakyat Bersama ESSCOM, di Beluran.
[ FOTO JUZAIMIE JAZLAN / BH ] Hazani menyampaik­an cenderamat­a kepada Ronald pada Program Semarak Rakyat Bersama ESSCOM, di Beluran.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia