Berita Harian

Anggota RELA bantu jaga ketenteram­an awam

-

Sandakan: Penugasan anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) tertumpu kepada tanggungja­wab menjaga ketenteram­an awam di kawasan komuniti masingmasi­ng.

Komander Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Hazani Ghazali, berkata anggota RELA tidak terbabit dalam operasi, namun mereka boleh menjadi mata dan telinga bagi mengekang jenayah rentas sempadan.

Katanya, bilangan anggota RELA yang ditugaskan di kawasan itu juga akan dinilai dari semasa ke semasa dan ditambah jika ada keperluan pada masa akan datang.

“Anggota RELA tidak akan terbabit dalam operasi, cuma fokus kepada komuniti dan ketenteram­an awam serta akan bertugas di kawasan komuniti masingmasi­ng.

“Kita akan lihat dulu kumpulan perintis pertama dan jika ada keperluan, mungkin jumlah mereka ditambah berdasarka­n keperluan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Penutupan Eksesais PASAK 3 ESSCOM di Lapangan Terbang Sandakan, di sini, semalam.

Kumpulan perintis

Yang turut hadir ialah Timbalan Komander ESSCOM, Datuk Badrulhisy­am Muhamad dan Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin. Kelmarin, Timbalan Perdana Men teri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumka­n kumpulan perintis seramai 500 anggota RELA yang ditugaskan membantu memantau keselamata­n di ESSZONE akan mula beroperasi secara rasmi, 1 Januari depan.

Mengenai eksesais PASAK, Hazani berkata, ia menggabung­kan 134 anggota daripada 15 agensi menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan latihan bermula pada Selasa lalu bertujuan menyela raskan semua agensi dalam menangani krisis keganasan dan bencana.

Katanya, ia dilaksanak­an atas inisiatif ESSCOM dengan mengambil kira situasi semasa keadaan ancaman serantau khususnya yang mampu menjejaska­n keselamata­n di ESSZONE.

“Perubahan bentuk ancaman ini memerlukan ESSCOM yang bertanggun­g jawab di ESSZONE bersiap sedia menghadapi sebarang bentuk ancaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia