Berita Harian

Sindiket ‘bomoh antarabang­sa’ tumpas

Tiga wanita antara lima warga asing ditahan

- Oleh Mohd Roji Kawi

Polis berjaya menumpaska­n satu sindiket penipuan ‘bomoh antarabang­sa’ dengan penahanan lima warga asing termasuk tiga wanita berusia 27 hingga 50 tahun di sebuah rumah di Taman Stampin Tengah di Kuching, Rabu lalu, kerana disyaki terbabit dalam kes penipuan di Padawan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superinten­dan Merbin Lisa, berkata sindiket itu tumpas susulan laporan seorang wanita berusia 58 tahun, Isnin lalu, yang mendakwa menjadi mangsa kegiatan berkenaan.

Katanya, mangsa dihampiri suspek di pasar pekan Siburan yang mendakwa mempunyai kepakaran mengelakka­n musibah yang bakal berlaku.

Suspek yang mengaku bomoh mendakwa anak lelaki mangsa akan mengalami kemalangan teruk. Berikutan itu, mangsa bersetuju dengan tawaran suspek untuk memulihkan musibah itu dengan syarat menyerahka­n wang tunai dan barang kemas bagi tujuan perubatan.

Mangsa kemudian menyerahka­n barang kemas seperti cincin, loket, rantai dan gelang emas serta wang tunai yang dianggarka­n bernilai RM13,091.

“Bagi meyakinkan mangsa, suspek menyerahka­n bungkusan yang dikatakan mempunyai barang dan wang mangsa, namun meminta mangsa membukanya semula tiga hari kemudian.

Mangsa terpedaya

“Rabu lalu mangsa membuka bungkusan itu dan terkejut kerana hanya ada botol air minuman dan kepingan surat khabar lama di dalamnya. Berikutan itu, mangsa mem buat laporan polis jam 12 tengah hari Rabu lalu,” katanya katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan di sini, semalam.

Merbin berkata, selepas menerima laporan mangsa, polis berjaya mengesan dan suspek pada jam 5 petang hari yang sama dan merampas pelbagai wang tunai asing barang kemas dan telefon bimbit.

“Semua suspek yang berasal dari Indonesia dan China didapati sering keluar masuk negara ini sejak dua tahun lalu dan mereka kini direman sehingga 18 Disember ini untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Beliau berkata, polis masih menyemak jika suspek turut terbabit dengan kes penipuan seorang ahli perniagaan di Batu Kawa sehingga kerugian RM900,000 sebelum ini.

 ?? [ FOTO AWANG AZMIL AWANG AHMAD / BH ] ?? Merbin menunjukan barang eksibit yang dirampas daripada suspek.
[ FOTO AWANG AZMIL AWANG AHMAD / BH ] Merbin menunjukan barang eksibit yang dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia