Berita Harian

Belia pedalaman manfaat latihan MYTV

-

Kapit: Tentera Darat Malaysia (TDM) meneruskan Program Bergerak Transforma­si Vokasional Belia (MYTV) bagi melahirkan lebih ramai belia berkemahir­an, khususnya di kawasan pedalaman.

Program berkenaan yang dimulakan sejak 2015, berjaya mencapai matlamat menyediaka­n peluang menjalani latihan kemahiran kalangan belia.

Latihan yang disediakan itu memberi peluang kepada belia pedalaman untuk bersaing dalam pasaran industri dan membuka peluang pekerjaan di sektor ekonomi yang memerlukan kemahiran khusus.

Program itu adalah antara inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dilaksanak­an bersama oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama kerajaan negeri dan syarikat swasta.

Terbaru, program MYTV dilaksanak­an di sini dengan disertai sera mai 190 belia dari luar bandar.

Antara latihan kemahiran yang disediakan ialah pertukanga­n kayu, pertukanga­n penerap bata, pendawaian elektrik, pertukanga­n sistem perpaipan, masakan, kecantikan, gunting rambut dan teknologi pertanian.

Tingkatkem­ahiran

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus, Wilson Nyabong Ijang, berkata program berkenaan amat bermanfaat untuk meningkatk­an kemahiran belia di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Ramai belia luar bandar yang tidak berkesempa­tan untuk mengikuti latihan kemahiran kerana biasanya latihan seperti itu diadakan di bandar utama.

“Pendekatan menerusi MYTV ini adalah penyelesai­an terbaik terhadap kekangan itu kerana penganjur datang ke kawasan yang jauh dari pusat latihan untuk menyediaka­n latihan kepada belia dan ini adalah satu usaha murni kerajaan untuk melahirkan belia berkemahir­an,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan program berkenaan di?dewan Kejora Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kapit 2, di sini, kelmarin.

Yang turut hadir, Panglima Medan Timur TDM, Leftenan Jeneral Datuk Wira Mohd Zaki Mokhtar dan Panglima Divisyen Pertama Infantri, Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw.

Sementara itu, Mohd Zaki berkata, sejak diperkenal­kan dua tahun lalu, MYTV berjaya melahirkan 1,181 belia berkemahir­an di negeri ini.

“Hasil daripada pendedahan yang diberikan pada program MYTV, mereka berpeluang untuk meneruskan latihan yang lebih tinggi ke akademi dan kolej teknikal di Sarawak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia