Berita Harian

Tandas bersih jadi keutamaan MBKS

-

Kuching: Kebersihan tandas khususnya di premis menjual makanan dan minuman sekitar bandar raya ini menjadi keutamaan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Justeru, pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan melaksanak­an inisiatif dengan mengagihka­n risalah mengenai kebersihan tandas kepada premis makanan atau kedai kopi di sekitar kawasan seliaan.

Timbalan Datuk Bandar MBKS, Hilmy Othman, berkata usaha itu dilaksanak­an bagi meningkatk­an lagi kesedaran orang ramai untuk bersama-sama menjaga kebersihan tandas.

“Kebersihan tandas adalah tanggungja­wab bersama dan setiap orang harus menjadikan­nya sebagai amalan kerana tandas bersih mencermink­an kebersihan masyarakat kita, sekali gus memberi imej baik kepada bandar raya ini,” katanya.

Tumpu kedai kopi

Beliau berkata demikian ketika mengagihka­n risalah mengenai kebersihan tandas kepada enam kedai kopi di kawasan Tabuan Tranquilit­y, di sini, semalam.

Hilmy berkata, kedai kopi menjadi tumpuan MBKS untuk meningkatk­an lagi amalan kebersihan tandas kerana ia adalah tempat yang sering dikunjungi.

Katanya, setiap kedai kopi yang menerima agihan risalah itu perlu melekatkan di tandas masing-masing dalam usaha meningkatk­an kesedaran orang ramai untuk bersama-sama menjaga kebersihan tandas.

“Kami (MBKS) berharap risalah ini akan dapat menggalakk­an orang ramai supaya menggunaka­n tandas dengan betul dan sentiasa memastikan ia bersih selepas digunakan,” katanya.

 ?? [ FOTO MOHD LATIF AHMAD / BH ] ?? Hilmy (tengah) bersama pemilik kedai kopi selepas melekatkan risalah mengenai kebersihan tandas.
[ FOTO MOHD LATIF AHMAD / BH ] Hilmy (tengah) bersama pemilik kedai kopi selepas melekatkan risalah mengenai kebersihan tandas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia