Berita Harian

7 kru hampir kebuluran dibantu

Kapal rosak terima bekalan daripada Maritim Malaysia

- Oleh Mohd Roji Kawi

Kesulitan tujuh anak kapal tangki yang kehabisan makanan selepas selepas kapal itu rosak sejak Jumaat lalu, berakhir apabila Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menghantar bekalan makanan dan minuman, kelmarin.

yang mengalami kerosakan jentera utama, hanyut kira-kira 47 batu nautika dari Kuala Rejang, Tanjung Manis, Sarawak.

Kapal tangki dengan muatan 242 tan gam papan lapis itu yang dalam pelayaran dari Pasir Gudang, Johor ke Telok Sepanggar, Kota Kinabalu, mengalami kerosakan pada 8 Disember lalu.

Bagaimanap­un, berikutan akibat cuaca buruk, kapal tunda yang dihantar untuk menarik kapal tangki itu lewat tiba, bekalan makanan dan minuman tujuh anak kapal itu kehabisan, kelmarin.

Pemilik kapal mohon bantuan

Pengarah Daerah Maritim Malaysia Kuching, Kepten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah, berkata pemilik kapal berkenaan memohon bantuan Maritim Malaysia melalui Maritime Rescue Coordinati­on Centre (MRCC) di Putrajaya semalam dan meminta bantuan menghantar bekalan makanan serta minuman kepada anak kapal.

“Pusat Operasi Maritim Wilayah Sarawak yang menerima maklumat daripada MRCC pada jam 10.30 pagi semalam (kelmarin) melaksanak­an satu operasi khas penghantar­an bekalan makanan dan minuman ke kapal tangki

“Sebuah kapal Maritim Malaysia, iaitu KM Semilang dari Pangkalan Maritim Tanjung Manis, ditugaskan menghantar bekalan itu pada jam 2.50 petang semalam (kelmarin),” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sharef berkata, pada jam 8.35 malam kelmarin, kapal MT Southern Water 1 berjaya ditemui berhampira­n lokasi yang dilaporkan dan kerja pemindahan bekalan makanan dan minuman berjaya dilaksanak­an.

 ?? [ IHSAN APMM ] ?? Kru KM Semilang memunggah bekalan makanan dan minuman di jeti Tanjung Manis sebelum dihantar ke kapal tangki MT Southern Water 1 yang mengalami kerosakan di perairan Tanjung Manis
[ IHSAN APMM ] Kru KM Semilang memunggah bekalan makanan dan minuman di jeti Tanjung Manis sebelum dihantar ke kapal tangki MT Southern Water 1 yang mengalami kerosakan di perairan Tanjung Manis
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia