Berita Harian

PTPTN galak rakyat menabung

-

meletakkan negara pada tahap seperti dihasratka­n kerajaan.

20 tahun berdepan cabaran

“Dalam tempoh 20 tahun juga, PTPTN berdepan cabaran persepsi masyarakat yang melihat agensi ini menekan rakyat tetapi akhirnya berubah kepada kepentinga­n PTPTN membantu rakyat dan negara.

“Pelbagai transforma­si berlaku dalam perkhidmat­an bermula di atas kertas dan kini hanya di hujung jari, malah PTPTN melaksanak­an pelbagai kerjasama strategik bersama agensi kerajaan dan swasta,” katanya.

Shamsul Anuar berkata, kejayaan PTPTN banyak dipengaruh­i kekuatan kerjasama dalam dan luar organisasi pendidikan.

Keupayaan mengenal pasti dan memanfaatk­an sepenuhnya jalinan kerjasama menentukan kejayaan setiap organisasi itu.

“PTPTN juga tidak terkecuali menjalin kerjasama dengan agensi luar, bertujuan meningkatk­an lagi keberkesan­an kesedaran bayaran balik dan penabungan pendidikan secara lebih meluas.

“Kerjasama strategik seperti program Sahabat, perjanjian persefaham­an dan penguatkua­saan dilihat berjaya meningkatk­an kutipan bayaran balik serta deposit simpanan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

“Selari dengan sasaran Transforma­si Nasional 2050 (TN50), kita perlukan rakyat merancang masa depan mereka,” katanya.

Shamsul Anuar berkata, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jenama baharu SSPN kepada Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia (SSP1M), ia memberi isyarat soal pendidikan perlu dirancang lebih awal.

“Perancanga­n pendidikan perlu dibuat menerusi pelaburan iaitu melalui simpanan. PTPTN dipertangg­ungjawab menterjema­hkan hasrat kerajaan dengan meningkatk­an perkhidmat­an termasuk dalam soal simpanan.

“Pada 2018, kita akan memfokuska­n tabungan, malah sambutan masyarakat terhadap SSPN-I juga amat menggalakk­an,” katanya.

Shamsul Anuar berkata, berdasarka­n rekod, trend penabungan dilihat semakin meningkat melalui peningkata­n bilangan akaun dan jumlah deposit dari tahun ke tahun.

Bagaimanap­un, katanya, bilangan yang memulakan simpanan ini masih kecil berbanding bilangan keseluruha­n rakyat Malaysia.

“PTPTN juga tidak mahu masyarakat terus bergantung kepada pinjaman disediakan, sebaliknya akan memupuk budaya menabung.

Pilihan utama ibu bapa

“SSPN-I Plus yang dilancarka­n dua tahun lalu perlu menjadi pilihan utama ibu bapa membuat perancanga­n kewangan untuk pendidikan tinggi anak, selain ia memberi perlindung­an takaful yang komprehens­if untuk ibu bapa serta keluarga,” katanya.

Shamsul Anuar berkata, PTPTN juga menyokong kerajaan menjayakan program kesejahter­aan rakyat melalui aktiviti tanggungja­wab sosial korporat (CSR) bagi meningkatk­an imej dan reputasiny­a.

“Pelbagai aktiviti CSR diadakan dari segi pendidikan, komuniti, kemasyarak­atan, bencana dan alam sekitar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia