Berita Harian

Tingkat sistem penyampaia­n lebih efisien

-

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa meningkatk­an sistem penyampaia­n perkhidmat­an supaya lebih dekat di hati masyarakat.

Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff, berkata langkah itu bagi memastikan sistem pinjaman efisien dapat disediakan untuk mengelak pelajar gagal memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) atas sebab kewangan.

Beliau berkata, ia penting untuk memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus penduduk berumur 17 hingga 23 tahun berpeluang mengikuti pendidikan di peringkat tinggi menjelang tahun 2020.

“Bagi meningkatk­an kesedaran menabung tahun ini adalah ‘Tahun Penabungan’. Pelbagai prog ram dan aktiviti PTPTN mengang-kat tema ‘penabungan’ dalam usaha membudayak­an penabungan di Malaysia.

“Tema ini diharap dapat mengubah perspektif bahawa PTPTN bukan untuk meminjam saja, malah berharap ‘Tahun Penabungan’ terus disemarak dan disemai,” katanya.

Kepentinga­n amalan menabung

Wan Ahmad berkata, amalan menabung dengan PTPTN amat penting bagi mengatasi masalah kewangan ibu bapa apabila anak melanjutka­n pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) sekali gus mengelak keciciran.

Katanya, atas dasar tanggung jawab sosial, PTPTN bergerak ke seluruh negara termasuk di IPT, awam, swasta serta kawasan pedalaman bagi memupuk kesedaran orang ramai kepentinga­n pengurusan kewangan yang baik dan pembelajar­an sepanjang hayat.

Mengenai penambahba­ikan, beliau berkata, PTPTN melebarkan sayap di seluruh negara bagi memperkasa sistem perkhidmat­an kepada masyarakat khususnya peminjam dan pendeposit.

Antara lain, katanya, penawaran ujrah satu peratus, rundingan bayaran balik ikut kemampuan, diskaun bayaran pinjaman, pemanjanga­n waktu operasi kiosk PTPTN di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (Klia) termasuk pejabat di UTC dan menambah 70 cawangan seluruh negara.

“Mereka boleh membayar balik melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akaun 2, direct debit, Jom Pay, Mypay, FPX, perbankan internet, potongan gaji secara dalam talian dan 241 kioskpayqu­ik seluruh negara.

“Bagi yang sukar membayar pinjaman, kita bekerjasam­a dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), selain melaksanak­an penangguha­n bayaran balik sehingga 24 bulan ( jika tidak bekerja) serta penggabung­an pinjaman,” katanya.

 ??  ?? Ketua Eksekutif PTPTN
Ketua Eksekutif PTPTN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia