Berita Harian

Kerajaan sedia inisiatif bantu rakyat lanjut pelajaran

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menginjak usia 20 tahun mengambil pelbagai inisiatif, selain sentiasa berusaha mendekatka­n diri dengan pelanggan, sekali gus memastikan setanding dengan institusi lain.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata pembukaan pejabat negeri dan cawangan serta pelantikan Eksekutif Pemasaran disifatkan sebagai langkah bijak bagi tujuan outreach.

Katanya, PTPTN semakin berani membuat kelainan dengan mengambil langkah tegas seperti penyenarai­an hitam peminjam dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), selain mewajibkan potongan gaji kakitangan kerajaan serta swasta.

“Saya berharap masyarakat tidak menyalah anggap tindakan berkenaan kerana perkara ini bukanlah menyusahka­n peminjam, sebaliknya bagi memastikan dana yang berterusan dan PTPTN boleh terus memberikan pembiayaan kepada generasi akan datang.

Mampu bayar balik

“Lonjakan kutipan bayaran balik direkodkan selepas pelaksanaa­n kaedah penguatkua­saan ini menunjukka­n peminjam sebenarnya mampu membayar balik tetapi memerlukan sesuatu peringatan untuk membuat mereka melaksanak­an tanggungja­wab itu.

“Sebelum ini, saya pernah berkata amalan membayar balik hutang perlu dibudayaka­n dan masyarakat harus melihat ini sebagai satu tanggungja­wab dan mereka juga boleh berasa bangga kerana berupaya membayar balik pinjaman,” katanya.

Mengulas Bajet 2018, Idris berkata, pelbagai inisiatif diperuntuk­kan melalui PTPTN membuktika­n kerajaan komited menyediaka­n kemudahan membantu segenap lapisan masyarakat melanjutka­n pelajaran tanpa dihalang kekangan kewangan.

Beliau berkata, semua inisiatif itu memberi manfaat kepada pembiayaan pengajian pelajar dan peminjam membayar balik.

Segera rebut peluang

Katanya, peminjam digalakkan segera merebut peluang keemasan itu kerana ia terbuka kepada semua, sama ada mereka yang dikenakan tindakan penguatkua­saan atau tidak.

“Diharap tawaran ini dapat meningkatk­an kesedaran peminjam yang bekerja seperti kakitangan awam dan swasta membayar secara konsisten melalui kaedah potongan gaji atau

“Semoga insentif ini dapat meringanka­n beban peminjam melaksanak­an pembayaran balik pinjaman. Melalui kutipan bayaran balik ini juga dapat membantu memastikan kelangsung­an pinjaman kepada generasi akan datang. Saya berharap PTPTN dapat mencapai kutipan RM4 bilion setiap tahun,” katanya.

Idris berkata, kerajaan komited membudayak­an sikap menabung kepada masyarakat dan terbukti menerusi Insentif Khas Geran Sepadan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentang­an Bajet 2018 baru-baru ini.

Katanya, bagi tujuan itu, kerajaan memperuntu­kkan RM250 juta kepada 500,000 kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun yang menabung dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) dengan simpanan RM500 akan dimasukkan secara percuma sekiranya jumlah simpanan dibuat pada 2018 mencapai sekurang-kurangnya RM500.

Penabungan awal

“Insentif Khas Geran Sepadan untuk deposit SSPN-I pula satu anugerah kepada ibu bapa yang mempunyai anak memulakan dan meneruskan perancanga­n kewangan pendidikan. Dengan penabungan seawal usia anak oleh ibu bapa, graduan akan datang hanya mempunyai hutang pendidikan yang minimum dan tidak membebanka­n mereka.

“Simpanan pendidikan berterusan melalui SSPN-I/SSPN-I Plus memberi peluang cerah untuk anak melanjutka­n pelajaran tanpa menghadapi kekangan aspek kewangan,” katanya.

Justeru, beliau berharap

PTPTN akan meneruskan langkah proaktif memastikan dana pendidikan tinggi yang lebih stabil dapat disedia dan diuruskan, bukan saja bagi pembiayaan pendidikan tetapi juga simpanan pendidikan.

“Saya berterima kasih kepada 1.9 juta peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik. Peminjam PTPTN yang belum membuat bayaran balik, diharap segera berbuat demikian.

“Jika tidak mampu atau mempunyai masalah bayaran, segeralah berunding dengan PTPTN. Ini dapat meringanka­n beban ditanggung peminjam dalam menguruska­n hutang pinjaman mereka,” katanya.

Beliau turut berharap masyarakat membantu dan menyokong PTPTN melaksanak­an tanggungja­wabnya kerana tanpa PTPTN, ramai pelajar yang mendapat tawaran ke pusat pengajian tinggi awam dan swasta tidak dapat melanjutka­n pelajaran kerana masalah kewangan.

 ??  ?? Idris (tengah) bersama pelajar pada Majlis Jalinan Mesra PTPTN-BESUT di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Besut, baru-baru ini. Idris Jusoh,
Menteri Pendidikan Tinggi direct debit.
Idris (tengah) bersama pelajar pada Majlis Jalinan Mesra PTPTN-BESUT di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Besut, baru-baru ini. Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi direct debit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia