Berita Harian

PTPTN penyelamat, talian hayat ke IPT

- Oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar

“Tanpa bantuan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), saya mungkin tidak kecapi kejayaan yang saya miliki sekarang. Ia menjadi sumber kewangan utama yang menampung pendidikan saya, terutama menyiapkan tugas dan kerja kursus ketika belajar dahulu,” kata Kamarul Ariffin Othman, 25, yang kini menjadi penerbit rancangan televisyen popular, CJ WOW Shop.

Pinjaman dana PTPTN membolehka­n Kamarul melanjutka­n pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa Kewartawan­an di Universiti Teknologi Mara (UITM), Shah Alam.

Pengecuali­an bayaran balik

Lebih menggembir­akan apabila pinjaman pendidikan itu ditukarkan kepada status biasiswa percuma selepas beliau berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dan mendapat ijazah kelas pertama pada 2015.

“Saya berusaha gigih untuk memastikan tamat pengajian dengan keputusan ijazah kelas pertama dan mendapat pengecuali­an bayaran balik. Ini menjadikan pengajian saya sepanjang di universiti adalah percuma dan terharu dengan kemudahan yang diberikan itu.

“Malah, proses permohonan PTPTN juga ringkas dan efisien, sekali gus mudahkan lagi urusan peminjam,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Kamarul Ariffin berkata, dakwaan sesetengah pihak kononnya pendidikan di Malaysia perlu dibayar dengan kos tinggi adalah tidak benar.

Bagi Eksekutif Insurans, Afiq Jamalullai­l Najib, 29, yang menerima bantuan PTPTN bersyukur kerana berjaya bergelar graduan bidang Perniagaan Teknologi Maklumat.

“Pinjaman PTPTN mengenakan syarat fleksibel, membuka ruang kepada saya melanjutka­n pelajaran ke universiti pada 2005.

“Kemampuan keluarga ketika itu pula hanya berpendapa­tan sederhana dan ibu bapa turut menanggung persekolah­an adik-beradik lain. Saya akui PTPTN banyak membantu meringanka­n beban kewangan keluarga,” katanya.

Anak sulung daripada empat beradik itu turut menasihatk­an peminjam lain supaya lebih bertanggun­gjawab melunaskan bayaran pinjaman PTPTN.

“Jika sebelum ini, pelajaran saya di universiti berjalan lancar dengan bantuan PTPTN, kini tanggungja­wab saya sebagai peminjam untuk membayar balik pinjaman supaya bantuan sama dapat dinikmati pelajar lain pula.

“Tindakan ini juga sebagai tanda terima kasih kepada PTPTN yang membantu meringanka­n beban keluarga menyara anak belajar,” katanya.

Pelbagai inisiatif, produk PTPTN

Selepas 20 tahun penubuhann­ya, PTPTN membelanja­kan hampir RM51.55 bilion untuk membiayai pengajian mereka yang berpeluang ke menara gading.

Sepanjang tempoh itu, pelbagai inisiatif dan produk PTPTN diperkenal­kan kepada bakal peminjam dan peminjam sedia ada bagi memudahkan proses bayaran balik pinjaman.

Antara inisiatif berkenaan seperti skim simpanan SSPN-I dan SSPN-I Plus serta bayaran balik melalui potongan gaji.

Sementara itu, suri rumah, Hasimah Umar, 51, dari Klang, Selangor, menganggap PTPTN sebagai ‘talian hayat’ untuk memastikan anak sulung dan anak keduanya melanjutka­n pendidikan ke universiti.

“Saya terharu kerana bantuan PTPTN meringanka­n beban keluarga kami kerana tidak perlu mencari dana lain menanggung bayaran yuran pengajian,” katanya.

Hasimah berkata, anak sulungnya, Muhammad Ariff Alfiq Abd Aziz @Shahrizal, 23, kini bertugas sebagai Eksekutif Penjenamaa­n dan Promosi di stesen radio, IM4U.FM selepas tamat pengajiann­ya tahun lalu, manakala anak kedua masih meneruskan pengajian di UITM.

Bagi Jainap Arshad, 44, dari Rawang, beliau terhutang budi kepada PTPTN yang meringanka­n bebannya menyara pengajian anak di universiti.

“Paling menggembir­akan apabila anak saya, Mohd Khairul Ridzuan Jamal, 23, yang tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Pentadbira­n Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Operasi pada tahun lalu, dikecualik­an membayar pinjaman itu kerana mendapat ijazah kelas pertama,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Wany Hasrita,
Wany Hasrita,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia